Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36355

Mamat Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Isteri –‘Dia Tegur Awak Mamat Sepah Kan?’

$
0
0

Di Instagram, pelawak Mamat Sepah berkongsi detik awal perkenalannya bersama isteri tercinta, Nordiana Ibrahim.

Artikel Berkaitan: ‘Sepah Nama Yang Luck, Walau Ada Pahit Tapi Manisnya Sampai Bila-Bila’ – Mamat

Tujuh tahun yang lalu

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, Mamat memberitahu detik perkenalannya dengan isteri bermula ketika dia ke balai polis yang juga tempat kerja isterinya ketika itu.

Tujuh tahun yang lalu 8 November 2016. Pertama kali aku pergi balai polis Shah Alam untuk urusan tarik kes pergaduhan adik aku antara penyokong JDT dan Selangor. Hari yang sangat aku marah, memang sangat marah.

Melintas seorang polis wanita di depan aku dan berhenti tegur aku ‘awak Mamat Sepah kan?’ Aku angguk dan berbincang sedikit tentang apa niat aku ke balai. Dan dia bantu aku untuk permudahkan urusanku.

Tambah Mamat, dek kerana isterinya membantu memudahkan urusan di balai polis tersebut, dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama Nordiana.

Di situ bermula segalanya dan aku “balas” pertolongannya dengan pernikahan selepas 4 tahun berkenalan. Terima kasih Allah dengan pertemuan dan jodoh ku ini.

Mamat dan Diana mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2020 selepas dua tahun mengikat tali pertunangan.

Sumber: Mamat

The post Mamat Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Isteri – ‘Dia Tegur Awak Mamat Sepah Kan?’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36355

Latest Images

Trending Articles