Beberapa keping gambar pasangan bahagia, Ashraf Muslim & tunangnya kelihatan berada di bandar Jakarta mengunjungi kedai-kedai barang perkahwinan. Mungkin, ini persiapan mereka berdua yang akan berkahwin pada 1 Syawal nanti di bandar Mekah.
Mereka bukan pergi berdua, sebaliknya turut ditemani oleh ahli keluarga yang lain. Iyalah, kami perlu maklumkan, mana tahu ada yang tak senang hati cuba timbulkan spekulasi yang bukan-bukan pula.
Orang kata, barangan perkahwinan di negara seberang amat murah harganya berbanding di Malaysia. Malah, pilihan kain, kad kahwin atau barangan hantaran lebih banyak variasinya. Nak tahu betul atau tak, try’lah pergi sana, kan?
Kredit gambar Beautifulnara.






