Aiseh, memang kantoi sangat si Liyana Jasmay ni. Apa kes merokok sampai masuk dalam video, kan? Apa pun, ini sekadar sedutan sebuah filem pendek sempena kempen anti merokok anjuran Asap.my yang menampilkan Liyana Jasmay, Pierre Andre & Iz Sulaini sebagai bintang utama.
Satu pendekatan baru hasil inisiatif pihak Asap.my untuk menyebarkan mesej bahaya merokok kepada seluruh rakyat Malaysia. Mungkin, kecomelan Liyana Jasmay dalam Cinta Akhir yang akan ditayangkan mulai 1 Jun ini bisa menyedarkan perokok tegar.
Trailer Cinta Akhir sudah dimuatkan dalam youtube. Minit 0:05 agak menarik untuk ditonton, rokok Liyana Jasmay bukan main banyak kepul asap. Aiseh!