Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35709

ASK 2012: Shaheizy Sam & Maya Karin Gondol Anugerah Pelakon Terbaik Filem!

$
0
0

Tahniah buat kedua pelakon yang telah menggondol Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem dan juga Pelakon Wanita Terbaik Filem, Maya Karin (Ombak Rindu) dan juga Shaheizy Sam (Songlap).

Kemenangan Shaheizy Sam ini bermakna dia telah mengalahkan 4 lagi pelakon lelaki lain iaitu Aaron Aziz,  Faizal Hussein, Beto Kusyairy dan juga Que Haidar. Sam dalam kenyataannya berterima kasih pada semua krew yang terlibat dalam filem Songlap.

“Sam bagi kredit besar kepada kedua penerbit besar dan juga semua yang terlibat,” ujar Sam.

Sam turut mengagumi Faizal Hussein dan mengaku bahawa pelakon itu adalah seorang yang hebat. Tapi Sam bersyukur kerana rezeki berpihak padanya.

“Saya kagum dengan Faizal Hussein dan menontonnya ketika kecil. Tapi itulah, rezeki berpihak pada saya.”

Maya Karin pula telah berjaya mengalahkan 4 pesaing lain termasuklah Nabila Huda, Sara Ali dan juga Intan Ladyana. Untuk pengetahuan, anugerah yang sama pada Anugerah Skrin 2011 telah dimenangi oleh Remy Ishak dan juga Eja.

Kredit Gambar : Cipot Redz

Related posts:

  1. ABPBH 2011: Maya Karin & Aaron Aziz Kaut Anugerah Pelakon Filem Popular!
  2. “Ini Rezeki Anak” – Nadiya Nisaa (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 2011)
  3. Pelakon Filem, Pemenang FFM 23 Dicekup Beli Dadah
  4. Pelakon Pembantu Terbaik Drama Tertinggal Kasut Di Pentas Anugerah Seri Angkasa.
  5. Faizal Tahir Tidak Mahu Masuk Anugerah Juara Lagu (AJL)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 35709

Trending Articles