Bergelar juara atau tidak di pertandinagn One In A Million (OIAM) 2009 bukan penghalang bagi penyanyi muda ini untuk menyerlahkanbakatnya dalam bidang nyanyian.
Pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Norhisham, 22, ini tampil dengan ‘Super-Band’, Mojo yang mempertaruhkan konsep ‘Synth-Rock’ sebagai identiti.
Tiga tahun menyepi adalah persoalannya. Adakah Awira kurang berkomunikasi dengan media atau lebih mudah lagi ‘sombong’ menjadi punca penyanyi berbakat ini terpinggir selama 3 tahun sebelum bersama kumpulan Mojo.
“ Selama tiga tahun itu saya cuba mencari peluang dan bukannya saya sombong dengan media atau sesiapa sahaja, sebenarnya saya mempunyai masalah penglihatan yang agak kabur. Itu punca saya kurang bertegur dengan orang ramai terutama media,” Ujar Awira.
Lagu single pertama Mojo, Andaiku Bercinta Lagi berjaya mendapat tempat dalam hati peminat apabila tercalon dalam Muzik Muzik Separuh Akhir ke-27.
Lagu ciptaan Edry itu bakal tampil membuat persembahan pada saringan Muzik Muzik di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 25 November ini.
Menurut vokalis kelahiran Perlis ini, kemunculannya dengan band Mojo memberi perubahan dalam kariernya.
“Saya lebih suka tampil dalam band sebab apabila solo, saya rasa kekok,” katanya kepada wakil Oh Bulan.
Awira yang mahu mengekalkan identiti rock yang dibawanya sejak pertama kali muncul dalam OIAM itu teruja apabila single pertama kumpulannya itu diterima peminat.
“Saya sangat bersyukur, walaupun pertama kali saya ‘comeback’ bersama Mojo, lagu ini diterima,” ujarnya lagi ketika di Hord Rock Café’ sempena sidang media Anugerah Planet Muzik 2012, baru-baru ini.
Related posts: