Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 38184

AIM 19: Senarai Penuh Pemenang Anugerah Industri Muzik Ke-19

$
0
0

Bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam, telah berlansung Majlis Anugerah Industri Muzik kali ke-19 yang mencalonkan 19 kategori pencalonan.

Acara gilang-gemilang ini bertemakan Black & White Glam Glitz, dan diacarakan oleh Aznil Nawawi bersama Adibah Noor. Manakala pengacara Karpet Glamor menggandingkan pengacara popular, Awal Ashaari dan Dahlia Shazwan, pengacara yang dilahirkan dari program On Air.

Antara artis persembahan yang sekaligus memeriahkan lagi malam anugerah ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Mojo, Hafiz, Jimmy Palikat, Shila Amzah, Forteen dan band dari Indonesia, Nirwana Band dan ramai lagi.

Shila Amzah, nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air yang pernah mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan muzik antarabangsa di Asian Wave 2012 September lalu. Penyanyi ini sekali lagi mencipta sejarah dalam hidupnya dengan muncul sebagai pemenang Anugerah Lagu Terbaik serta Anugerah Lagu Pop Terbaik menerusi lagu berjudul “Patah Seribu”.

Berikut ialah senarai pemenang bagi setiap setiap kategori di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19:

Artis Baru Terbaik: Mojo (Andai Kau Bercinta Lagi)

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki): Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita): Jaclyn Victor (Counting Days)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu: Forteen (Seperti Dulu)

Kulit Album Terbaik: Mizz Nina/ Even Odds Sdn Bhd (Take Over)

Rakaman Album Terbaik: Nora/Rahman Ayob (Hikmah)

Video Muzik Terbaik: Yuna/Quek Shio Chuan (Sparkle)

Lagu Nasyid Terbaik: Doa (Nora)

Lagu Pop Etnik Terbaik: Kuasa Cinta (Noraniza Idris)

Lagu Rock Terbaik: Idola (Azlan & The Typewriter)

Lagu Pop Terbaik:  Patah Seribu (Shila Amzah)

Lagu Hip Hop Terbaik: Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique/ Malique/ Tripdizs)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: Counting Days (Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito/ Lin Li Zhen)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara: Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)

Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu: Counting Days (Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito)

Album Terbaik: SalamMusik (Salam – Salam Musik)

Anugerah Kembara: Mizz Nina

Anugerah Sri Wirama: Alleycats

Anugerah Lagu Terbaik: Patah Seribu (Shila Amzah)

Related posts:

  1. Yuna & Jaclyn Victor Dominasi Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM 19)
  2. ASK 2012: Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2012
  3. Antara Sebab Untuk Anda Ikuti Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-19
  4. Senarai 30 Buah Lagu Bakal Berentap Di Separuh Akhir, Muzik-Muzik 27
  5. AJL 26: Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 26, Hafiz Ungguli Anugerah!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 38184