Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36999

SalamMusik Terkejut Kalahkan Selebriti Lain Untuk “Anugerah Album Terbaik AIM19″

$
0
0

Kumpulan baru yang sedang meningkat naik di Malaysia, SalamMusik telah mencipta kejutan apabila diumumkan sebagai pemenang untuk kategori “Album Terbaik AIM 19” bertempat di Stadium Melawati, baru-baru ini.

Menerusi album sulung mereka di Malaysia, “Salam”, telah melayakkan mereka untuk tercalon dalam kategori Album Terbaik AIM 19 walaupun baru saja mula mencipta nama didalam industri hiburan tempatan.

Menurut mereka, “album ini bukanlah untuk mencipta nama, tetapi hanya untuk berkongsi minat dalam nyanyian serta menyampaikan pendapat dan pandangan terhadap masyarakat. Walaubagaimanapun, rezeki telah memihak kepada SalamMusik dan ini peluang kepada mereka untuk lebih beekarya,” ujar Salam selaku vokalis kumpulan SalamMusik.

Walaupun masih baru, SalamMusik yang dianggotai sepuluh orang anak muda ini telah menewaskan pesaing mereka yang lain dalam kategori tersebut iaitu Hujan, Nora, Stacy dan juga Pesawat.

“Kami berasa terkejut dan amat bersyukur apabila diumumkan sebagai pemenang. Manakan tidak, semua yang bertanding untuk kategori ini semuanya hebat belaka dan mereka juga merupakan rakan seperjuangan kami,” ujarnya lagi.

Bukan pendatang baru, SalamMusik sebenarnya sudah lama bergiat dalam bidang nyanyian tetapi bukannya di Malaysia. Mereka lebih aktif di luar negara seperti Belanda dan lebih fokus kepada lagu-lagu berbahasa Inggeris.

“Anugerah ini adalah hadiah buat para peminat yang sentiasa menyokong muzik kami tanpa jemu,” ujar Salam selaku vokalis kumpulan SalamMusik.

Mungkin kelihatan seperti sebuah kumpulan muzik yang sedikit pelik, tetapi SalamMusik sebenarnya membawa genre muzik irama asli dan sudah berkecimpung didalam industri ini lebih kurang tujuh tahun yang lalu.

Bagi yang tidak tahu, mereka mula mencipta nama apabila lagu mereka seperti ‘Kedai Kopi’ dan juga ‘Bangkit’, kolaborasi bersama Altimet diterima para pendengar sekaligus berjaya menduduki carta muzik radio-radio tempatan.

Tidak menghadkan kreativiti mereka, terdapat juga lagu-lagu mereka diolah dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Menurut mereka, “kami sebenarnya giat menghasilkan lagu baru yang boleh di muat turun secara percuma dan kami mengeluarkan ‘single’ baru setiap 3 bulan.”

Berita baik, nantikan kemunculan ‘single’ terbaru dari SalamMuzik pada bulan Disember ini yang bertajuk ‘Aku Pelat’.

Related posts:

  1. SISTAR Kalahkan G.NA Dalam Anugerah SBS “Inkigayo (The Music Trend)”!
  2. “Ini Bukan Soal Menang Atau Kalah” – Jaclyn Victor, Pemenang Vokal Terbaik AIM19
  3. Pesawat Lancarkan Album Baru Berjudul “Take Off”.
  4. AIM 19: Senarai Penuh Pemenang Anugerah Industri Muzik Ke-19
  5. Kulit Album & Senarai Lagu Album Terbaru Siti Nurhaliza – Lentera Timur

Viewing all articles
Browse latest Browse all 36999