Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35675

Siapakah Bakal Dinobatkan Sebagai Miss Universe Malaysia 2013?

$
0
0

Selepas Miss Universe Malaysia Sedunia (MUMO) mengumumkan pada bulan Jun bahawa mereka bakal mengadakan pertandingan Miss Universe Malaysia 2013, beratus-ratus wanita dari seluruh Malaysia telah menghantar borang permohonan mereka dengan harapan untuk menjadi Miss Universe Malaysia 2013.

Acara tahunan yang dinanti-nantikan ini bakal diadakan pada 10 Disember 2012 di Pusat Konvensyen Setia City, Setia alam, Selangor. Seramai 17 orang jelitawan telah dipilih untuk menjadi finalis akhir ‘Miss Universe Malaysia’ pada kali ini.

Acara yang bakal diadakan di  Pusat konvensyen Setia City, akan menyaksikan majlis gala yang menampilkan barisan artis  popular bagi menghiburkan dan memeriahkan lagi majlis. Antara artis dan selebriti yang dijemput pada malam itu adalah, Douglas Lim (pelakon komedi), Mizz Nina yang akan menyampaikan duetnya bersama Florida, ‘ What You Waiting For’ serta lagu hitnya ‘ Take Over’ dan menampilkan penyanyi popular yang didatangkan khas dari Filipina iaitu Primo bersama  berganding dengan Jon Joven, Floyd Tena, dan James Uy.

Salah seorang dari finalis ini akan membawa pulang mahkota Miss Universe Malaysia 2013.Selain memenangi kelayakan untuk bersaing untuk gelaran Miss Universe, pemenang Miss Universe Malaysia juga akan menerima gaji bulanan daripada Pertubuhan Miss Universe Malaysia, dan bakal menerima hadiah yang bernilai lebih daripada RM200, 000.

Acara ini bakal di hadiri oleh ramai VIP yang terlibat dalam bidang hiburan tanah air serta selebriti-selebriti khas yang di jemput untuk majlis pada malam itu. Majlis ini akan di acarakan oleh dua selebriti yang tidak asing lagi iaitu Will Quah seorang pelakon terkenal, dan Julie Woon seorang pelakon dan personaliti TV.

Bagi yang berminat boleh mendapatkan tiket-tiket di ‘TicketCharge‘ bagi menyaksikannya secara lansung di Pusat Konvensyen Setia City pada 10 Disember 2012 ini.

Related posts:

  1. Flash News : Miss Angola, Leila Lopes Adalah Pemenang Miss Universe 2011!
  2. Foto : Mrs Malaysia Universe 2013 Ingin Tawan Dunia
  3. (Video) Miss Malaysia Pahang, Cuba Memikat Hati Donald Trump.
  4. Rozita Che Wan Dinobatkan Sebagai Selebriti Paling Seksi 2012
  5. ASOT600: Armin Van Buuren Sah Turun Malaysia Mac 2013

Viewing all articles
Browse latest Browse all 35675

Trending Articles