Ya, itu impian Salih Yaacob sebaik sahaja selesai majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Jamek Kampung Melayu Kulaijaya tepat jam 3.50, petang semalam.
Salih Yaacob & isteri keempatnya, Samihah Sheikh Ali atau lebih dikenali sebagai Emi diraikan dalam satu majlis resepsi berskala serdahana bersama keluarga sebelah isteri & rakan terapat, dengan anggaran lebih kurang 180 tetamu dijemput hadir.
Ekoran majlis diadakan secara tergesa-gesa, ramai tetamu seperti pihak media tidak dimaklumkan mengenai majlis perkahwinan ini, dan Salih Yaacob cuba menjelaskan situasi sebenar kepada pihak media.
“Diaorang tak macam kita dik. Diaorang bukan jenis macam kita. Diaorang rasa malu, masih tekanan daripada orang yang protes. Menang tergesa, bila dah keluar paper, banyak tentangan. Buat yang terbaik, yang mudah.”
Menurut Salih Yaacob, mereka berdua akan berbulan madu ke negara China, dan dia turut bercadang membawa ketiga-tiga isterinya bercuti bersama.
Ditanyakan alasan ketiadaan tiga lagi isterinya dalam majlis malam tadi, ini jawapan Salih :
“Tengah susut sekarang nak pergi China, semua sekali nak pergi. Sorang tak pergi, semua pakat tak pergi. Nak menjaga sebelah pihak sini, nak jaga hati. Pandangan tetamu lain, you all nak soal-soal dia lagi.”
Salih Yaacob dijangka melangsungkan sebuah majlis resepsi di ibu negara dalam masa terdekat.