Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35732

Dapatkan Tiket Future Music Festival Asia 2013 Segera!

$
0
0

Konsert Future Music Festival Asia (FMFA)2013 bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 15 dan 16 Mac 2013. Tiket-tiket konsert Future Music Festival Asia 2013 akan mula dijual di Rock Corner Midvalley, Jumaat ini.

Bersempena dengan pelancaran jualan tiket pada 23 November ini, Rock Corner mengadakan promosi khas yang mana 1,000 pembeli tiket terawal yang beharga RM178 berpeluang mendapatkan CD PSY, Gangnam Style, secara percuma.

Promosi ini hanya sah di Rock Corner Midvalley bermula jam 6 petang. Jualan tiket secara online bermula pada hari Sabtu, 17 November 2012. Para pembeli yang berminat juga boleh melayari www.futuremusicfestival.asia atau www.facebook.com / futuremusicasia untuk mendapatkan mak lumat lanjut. Tiket (early-bird) berharga RM138 dan RM178 adalah sangat terhad, jadi dapatkannya segera!

Dianjurkan oleh Livescape Asia Sdn. Bhd dan Future Entertainment Australia bagi merealisasikan konsert terhebat julung kalinya diadakan di Malaysia serta terbesar Asia Tenggara.Jadi apa tunggu lagi dapatkan segera!

Related posts:

  1. Armin Van Buuren & Psy Bakal Hangatkan “Future Music Festival Asia 2013″!
  2. Livescape: Future Music Festival Asia Bakal Tampilkan Lebih 35 Artis Antarabangsa!
  3. Livescape: Future Music Festival Asia Meletup, 62 Artis Bakal Buat Persembahan!
  4. 30,000 Penuhkan Future Music Festival Asia Di Sepang, Hari Ini!
  5. Post Event : 12 Jam Tanpa Henti Future Music Festival Asia

Viewing all articles
Browse latest Browse all 35732