Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36638

Laga Taruhkan Tyas Mirasih dan Syazwan Zulkifli

$
0
0

Filem Laga terbitan Business Leader Film Production Sdn. Bhd. diarahkan oleh sutradara otai kita iaitu abang Ismail Yaakob yang pernah mengarahkan filem Lenjan. Kali ini, filem arahannya nampak lebih ganas dengan menampilkan barisan pelakon baru seperti Syazwan Zulkifli dan Tyas Mirasih pelakon dari seberang, bersama-bersama pelakon veteran seperti Wan Hanafi Su, Eman Manan, Nasir Bilal Khan serta juga Rosyam Nor.

Dalam filem ini juga menampilkan Marsha Londoh dan juga seorang pelakon wanita dari Seberang iaitu Tyas Mirasih sebagai heroin dalam filem ini. Pengambaran filem ini berlansung sekitar Kuala Kangsar yang berkisar tentang kehidupan masyarakat kampung.

Filem ini berkisar mengenai kehidupan masyarakat kampung yang gemar menyabung ayam sehinggakan memberi impak negatif dalam kehidupan masyarakat, malah sehingga melibatkan pembunuhan, pertaruhan isteri dan harta.

Hassan Laga dilakonkan oleh Wan Hanafi Sue mempunyai isteri yang cantik iaitu Marsha Londoh yang melakonkan watak Ayu. Di atas desakan Dasuki (Nasir Bilal Khan) menyuruh Ayu menjadi taruhan kerana Dasuki pernah mengintai Ayu di rumah Hassan Laga membuatkan Hassan Laga menjadi hilang sabar atau pun mencabar kelakiannya.

Tyas Mirasih melakonkan watak Maya yang baru tiba ke kampung Sabri kerana melawat makciknya. Sabri (Syazwan Zulkifli) seorang pemuda kampung berjaya memaut hati Maya dan membawanya lari dari kampung tersebut.Nantikan kemunculan filem ini yang dijangkakan siap awal tahun depan.

Related posts:

  1. Adnan Abu Hassan Bikin Filem: Siti Nurhaliza Akan Berlakon
  2. Dot dot dot Ganti “Anu” – Raja Azmi
  3. Zulkifli Ariffin: Pasangan Baru Abby Abadi Dalam Gerak Khas
  4. “Saya Teringin Nak Jumpa Dia Semula” – Syazwan Zulkifly (Apek Juvana).
  5. Dewi Perssik Akan Berlakon Dalam Filem Porno?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 36638

Latest Images