Semalam, kata kunci #adindaevans tersenarai dalam top twitter trend ekoran daripada pendedahan remaja berusia 14 tahun itu yang dipercayai mengakui bahawa dia pernah melakukan hubungan seks.
Remaja tersebut menyebut, “Yeah, aku jujor la dgn korang, AKU DA PERNAH MAEN ! puas ? ade ke org nak mengaku mcm ni ? takkan punya .. bia org nak pandang hina kat kita. asalkan kita ade MARUAH DIRI ! thank you ”
Kata-kata remaja itu sekaligus mendapat perhatian komuniti online serta pihak media. Hazrey.com ada menyebut :
Mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, sebarang hubungan seks dengan perempuan berusia bawah 16 tahun, ia adalah jenayah rogol. Biarpun ia (perlakuan seks) dilakukan dengan kerelaan kerana peruntukan undang-undang sudah jelas, ia tetap jenayah rogol.
Rogol statutori adalah berbeza dari rogol paksaan.
Tidak kira apa jua alasan yang diberikan, jika didapati wanita itu di bawah umur 16 tahun ketika hubungan seks itu dilakukan, maka ia adalah jenayah rogol.
Hukuman yang disebutkan dalam seksyen ini adalah “Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat.”
Al-kisahnya, ada segelintir peminat yang beranggapan bahawa pelakon Juliana Evans mempunyai kaitan dengan #AdindaEvans. Namun, kekeliruan tersebut dengan serta-merta dijelaskan oleh Juliana Evans berbunyi, “Attention, dis #AdindaEvans has NOTHING to do with me and I don’t have a sister. Don’t ask me anymore k? ”
Kisah #AdindaEvans ini dipercayai telah dibincangkan bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil melalui program MHI, pagi tadi.