Ingin saksikan sesuatu yang menarik? Sebuah filem terbaru arahan Joseph Kosinski yang berjudul Oblivion bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi dan kepada anda yang sukakan aksi tembak-menembak dan peperangan zaman hadapan, pastikan jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini.
Diinspirasikan oleh pengarah yang sama dari filem ‘Tron’ yang berkisar pertempuran masa depan untuk menyelamatkan manusia. Filem aksi petempuran masa hadapan ini dibintangi oleh Tom Cruise, Morgan Freeman, Olga Kurylenko, Zoe Bell, Nikolaj coaster Waldau, dan ramai lagi.
Oblivion mengisahkan tentang sebuah militan tentera yang memberi tugas kepada seorang veteran perang iaitu Jack Harper (Tom Cruise) ke sebuah planet di angkasa lepas. Disana dia ditugaskan untuk menghancurkan sisa-sisa makhluk asing yang masih tertinggal. Semuanya berjalan lancar, sampai suatu ketika Jack berhadapan dengan penjelajah angkasa yang kemudian mempersoalkan apa yang dia tahu tentang planet tersebut serta misinya disana.
Pengambaran filem ini telah dilakukan di sekitar Amerika Syarikat dan Iceland. Filem aksi ini akan menemui penonton sekitar April 2013. Mari saksikan trailer filem ini.