Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35736

Jam Tangan ‘Alexander Shorokhoff’ Mempunyai Keistimewaannya Tersendiri

$
0
0

Pada 13 Disember lalu telah berlangsungnya majlis sambutan ulangtahun ke 20 jenama jam tangan terkenal, Alexander Shorokhoff yang diadakan di Restoran Sassorosso, Kuala Lumpur.

Majlis yang penuh meriah ini telah menampilkan pengasasnya sendiri iaitu Alexander Shorokhov, dimana beliau telah menerangkan serba sedikit mengenai keistimewaan jam tangan rekaannya menerusi koleksi ‘Avant Garde’ dan ‘Heritage Collection.’

Menurut Alexander, jam tangan rekaannya merupakan kualiti yang bermutu tinggi dan memiliki keunikannya yang tersendiri. Kesemua produknya dihasilkan menerusi kepakaran tinggi dari negara Jerman.

“Saya hanya membawakan yang terbaik dan sejak proses pengilangan kami berpindah ke Jerman, setiap jam tangan yang kami hasilkan mestilah menggunakan kepakaran tinggi dari negara tersebut.”

“Setiap koleksi ini mempunyai maknanya yang tersendiri kepada penjenamaan Alexander Shorokhoff dan juga memberi penghormati kepada sesiapa sahaja yang memakai jam tangan tersebut.”

“Perjalananan kami dalam seni pembuatan jam tangan tentunya sangat menarik, ini kerana setiap jam tangan yang dihasilkan memberi aura tersendiri kepada si pemakai. Ianya merupakan kebijaksanaan kami dan tentunya kami mahukan hasil yang boleh dibanggakan.”

“Kunci utama dalam kejayaan kami adalah dari segi kesempurnaan kualiti serta persamaan dalam setiap yang dihasilkan.”


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35736

Trending Articles