Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36189

Lelaki Warga Tempatan Maut Terjatuh Pangsapuri

$
0
0

Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari sebuah pangsapuri di Jalan Genting Kelang, Setapak, ibu negara, pada Isnin.

Maut jatuh pangsapuri

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Mohamad Lazim Ismail, mangsa yang dalam keadaan tertiarap di bawah bangunan itu dijumpai oleh pihak keselamatan pangsapuri berkenaan sekitar jam 8:35 malam.

Laporan itu mengenai seorang individu dijumpai dalam keadaan tertiarap di bawah bangunan dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai terjatuh dari pangsapuri itu.

Mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun dan setakat ini, kes tersebut tidak mempunyai sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai Kes Kematian Mengejut (SDR).

Sumber: Sinar Harian

The post Lelaki Warga Tempatan Maut Terjatuh Pangsapuri first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36189