Tomok, aku tak dapat kad kahwin kau lagi ni!
Rakan blogger, Madammondoq berkongsi preview 5 keping gambar kad kahwin Tomok & pasangannya, Siti Rahayu Abas, di mana perkahwinan belah perempuan akan berlangsung pada 2 Julai 2011 di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur.
Unik sekali, kad kahwin Tomok dihiasi dengan nota lagu berjudul Bagaikan Bidadari daripada album terbarunya. Fuh, memang banyak maksud tersirat dalam lagu ni, mungkin ia merupakan kata-kata istimewa yang ditujukan buat Siti Rahayu. Ha, kelas kau!
Siti Rahayu, 31 merupakan seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan swasta. Padan’lah orangnya sangat cantik & sweet. Sekali pandang, terasa nak pandang 3-4 kali lagi.
OHBULAN! nak ucapkan tahniah buat Tomok, Selamat Pengantin Baru!





