Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36601

Kutipan KL Gangster Melepasi RM11 Juta!

$
0
0

Kutipan KL Gangster kini sudah mencecah RM11 Juta, sekaligus mencipta rekod sebagai filem tempatan yang mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah industri filem. Syamsul Yusof melalui laman blognya Burn & Soul dengan rendah diri berkata, “Kejayaan ini bukan kejayaanku dan warga kerja SKOP Production semata. Ini adalah kejayaan buat semua penggiat seni filem tanah air dan dalam masa yang sama kejayaan buat semua rakyat Malaysia. TAHNIAH buat kalian semua!

OHBULAN! sudah menonton filem KL Gangster, jalan ceritanya ringkas & padat. Tidak meleret-leret dengan babak yang kurang penting. Lagak aksi pelakon boleh disamakan dengan filem terbitan Thailand, Ong Bak. Segalanya bergerak pantas, tup tup dah habis.

Kelainan yang ditonjolkan juga, KL Gangster tidak mempunyai langsung adegan cinta yang kerap dipaparkan dalam filem tempatan seperti kebiasaannya. Apa yang ditonjolkan lebih kepada ikatan kekeluargaan, dan persahabatan antara bekas rakan gangster. Contohnya, Malek mengambil berat akan kebajikan adik-beradiknya walaupun sebelum masuk ke penjara, dia digelumangi dengan aktiviti kejahatan.

Dalam masa yang sama, Syamsul Yusof bercadang untuk menerbitkan KL Gangster. Andai kata KL Gangster prekuel menyusul, mungkin si pengarah muda ini boleh menumpukan perhatian kepada teknik sinematografi. Tunjukkan effect Malek ditendang dalam versi close-up. Yeah, we like it!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36601

Latest Images