Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 37889

Hafiz Suip Diperintah Jalani Bon Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan

$
0
0

Berikutan insiden satu pergaduhan di jalan raya pada 30 Ogos yang lalu, penyanyi Hafiz Suip perlu menjalani hukuman bon berkelakuan baik.

Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Berdamai Selepas Tular Aksi Bergaduh Atas Jalan Raya – ‘Sebagai Orang Lebih Muda, Saya Minta Maaf’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Kurus Bukan Sebab Hisap Batu Atau Dadah Seperti Dituduh, Tapi Sakit Slip Disc’ – Hafiz Suip

Bon berkelakuan baik

Menerusi laporan Utusan Borneo, Mahkamah Majistret Kuching memerintahkan hukuman itu terhadap Hafiz atau nama lengkapnya, Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 34, bersama dua lagi individu yang terlibat dalam kejadian sama.

Ketiga-tiga mereka perlu menjalani bon berkelakuan baik selama enam bulan dengan jaminan sebanyak RM500.

Perintah itu dikeluarkan pada Khamis lalu bagi mengelakkan mereka bertiga daripada mengulangi perbuatan yang sama pada masa akan datang.

Terdahulu, viral sebuah rakaman video di mana pelantun suara ‘Bahagiamu Deritaku’ itu menumbuk seorang lelaki di Jalan Padungan, Kuching.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca akibat salah faham apabila lelaki berkenaan membunyikan hon selepas Hafiz memberi isyarat memasuki jalan itu.

Individu itu turut menghimpit dan memandu sehingga menghampiri kenderaan yang dipandu Hafiz sebelum berhenti di lokasi tersebut dan berlaku pertengkaran antara mereka.

Perkara itu dikongsikan rakan Hafiz dikenali sebagai Uthman Daud menerusi akaun Facebook. Difahamkan juga, kedua-dua pihak sudah berdamai.

Sumber: Utusan Borneo

The post Hafiz Suip Diperintah Jalani Bon Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 37889

Latest Images

Trending Articles