Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36494

Datuk Aznil Nawawi Turut Sokong Kempen Aman, ‘Ops Bunga’

$
0
0

Screen Shot 2013-03-07 at 3.31.09 PMBagi yang masih belum tahu, ‘Ops Bunga‘ adalah satu acara khas yang dianjurkan sendiri oleh rakyat Malaysia untuk meletakkan bunga di hadapan Pejabat Kedutaan Filipina di Jalan Changkat, Kuala Lumpur.

Tujuan asalnya adalah untuk menunjukkan bahawa negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman kepada rakyat Filipina di Malaysia dan juga kepada kaum Sulu yang menetap di Malaysia.

Selain itu, acara ini adalah peluang untuk rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Filipina yang turut menyelar tindakan penceroboh negara serta tanda sokongan kepada perajurit negara yang telah terkorban dan juga yang masih bertugas mempertahankan negara.

Melalui laman Twitter penganjur iaitu Joe Lee, dapat dilihat ramai selebriti tempatan yang menyokong kempen ini dengan mengulang tulis (retweet) status-status yang telah dimuat naik olehnya. Antaranya status-status tersebut ialah ;

Screen Shot 2013-03-07 at 2.49.14 PM Screen Shot 2013-03-07 at 2.59.56 PM

Tak kurang disitu, selebriti terkenal iaitu Datuk Haji Aznil Nawawi turut menyatakan sokongannya terhadap acara khas ini dengan menggunakan hashtag #OpsBunga.

Screen Shot 2013-03-07 at 2.50.46 PM

Acara khas ini bakal berlangsung pada jam 2.30 petang, 8 Mac esok selepas sembahyang Jumaat dan OHBULAN! berharap agar anda yang membaca turut sama menyertai kempen keamanan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Ops Bunga’, anda boleh layari laman web rasmi ‘Ops Bunga‘. Disini, anda boleh dapatkan semua info termasuklah lokasi perjumpaan dan juga tujuan asal Ops Bunga dianjurkan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36494

Latest Images