
Bagi penggemar-penggemar filem sains fiksyen, jangan ketingggalan untuk menyaksikan filem penuh aksi mencabar dan mencemaskan menerusi filem terbaru terbitan Columbia Pictures berjudul “After Earth.”
Filem arahan M. Night Shyamalan ini bakal menampilkan Will Smith bersama anaknya Jaden Smith, di mana filem ini mengisahkan tentang perjuangan dua anak beranak yang sanggup tempuh pelbagai dugaan dan cabaran di atas planet Bumi setelah kapal terbang yang mereka naiki terhempas.
Mampukah mereka membiasakan diri dan meneruskan kehidupan di Bumi? Apakah dugaan yang bakal mereka hadapi?
Segala-galanya akan terjawab menerusi filem “After Earth” yang bakal ditayangkan pada 7 Jun ini.
Jom layan trailer rasmi “After Earth” yang baru dimuat naik di laman YouTube pada 7 Mac lalu :