Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 37889

[VIDEO] Cik B Sambung Belajar Ke Sepanyol, Datuk Seri Vida Sedih Terpaksa Berjauhan – ‘Demi Masa Depan Anak Mama Yang Hebat’

$
0
0

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin dikhabarkan melanjutkan pelajarannya ke negara Eropah, Sepanyol.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B ‘Frust’ Pak Cik & Mak Cik Taknak Bagi Duit Raya Sebab ‘Insecure’ – ‘Kitonyo Mudo Lagi, Nak Juga Feel Dapat Duit Raya’

Sedih berjauhan dengan Cik B

@datoserividaofficial Sedihnyaaa kena berpisah dengan @cikb_havoc66 . Tapi tak apa untuk masa depan anak mama yang hebat! #datosrivida #cikbhavoc #barcelona #spain ? original sound – Yoviani – Ovi?????

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menerusi hantaran di TikTok.

Cik B akan ke Barcelona untuk sambung belajar.

Sedih terpaksa berpisah dengan Cik B tapi tak apa demi masa depan anak mama yang hebat.

Menerusi perkongsian yang sama, Vida dan anaknya Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin turut terbang ke Sepanyol bagi melihat sendiri lokasi dan penempatan Cik B sepanjang berada di sana.

Naik pesawat persendirian

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Boss B (@cikb_havoc66)

Sementara itu, Cik B turut memuat naik beberapa foto dirinya yang sedang menaiki pesawat peribadi mewah ke Sepanyol dan difahamkan telah memulakan kelas pengajian pertamanya pada Selasa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan berita tersebut dan mendoakan kejayaan buat Cik B.

Sumber: TikTok Datuk Seri Vida, Instagram Cik B

The post [VIDEO] Cik B Sambung Belajar Ke Sepanyol, Datuk Seri Vida Sedih Terpaksa Berjauhan – ‘Demi Masa Depan Anak Mama Yang Hebat’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 37889

Latest Images

Trending Articles