Berikutan daripada gambar-gambar aksi ‘mesra’ Rozita Che Wan dan Zain Saidin mendapat kritikan hebat daripada segelintir peminat-peminat industri hiburan tempatan, pelakon wanita ini akhirnya bersuara dan mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa dia tidak kisah dengan pandangan serong peminat terhadap dirinya sejak akhir-akhir ini.
Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri.
Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya. – ujar Che Ta menerusi laporan Sinar Harian.
Dalam pada itu, aktres jelita ini turut berpesan agar peminat tidak terlalu menjaga tepi kainnya dan mengambil pendedaha untuk tidak terlalu lantang mempersoalkan soal perkahwinannya bersama Zain kerana bimbang disalah ertikan kelak.
Saya risau kalau asyik bercakap soal ini (kahwin), nanti timbul salah faham pula.