Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35065

Daiyan Trisha Bidas Komen Netizen Selepas Dikecam Pakai Baju Jarang –‘Awak Tak Peduli Pun Tentang Saya, Done Blocked’

$
0
0

Gara-gara mengenakan pakaian mencolok mata, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha telah dihujani kecaman. 

Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Tidak Cerewet Memilih, Sedia Jadi Isteri – ‘Paling Penting Dia Ada ‘Connection’ Dengan Allah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Cilik Buat Daiyan Trisha Menangis – ‘Bila Saya Buka Hadiah Ini Tak Tahulah Kenapa Rasa Sensitif’

Pakaian dikritik 

Menerusi hantaran di Instagram, Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin memuat naik video dia sedang bersiap untuk ke konsert penyanyi antarabangsa Dua Lipa yang berlangsung di Axiata Arena pada hujung minggu lalu. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengkritik pemakaian selebriti berusia 30 tahun itu yang dikatakan jarang dan seksi.

Daiyan bersuara 

Tidak berdiam diri, pelantun lagu Penat tersebut memuat naik hantaran balas di Instagram Story.

Pelakon drama Projek: Anchor SPM itu turut bertindak menyekat segelintir individu yang meninggalkan komen melampau.

Rasa kelakar pula bila yang komen di hantaran saya adalah mereka yang tidak mengikuti saya pun.

Awak semua ke sini untuk meninggalkan komen sebegitu? Awak tak peduli pun tentang saya, apa yang saya buat atau siapa saya. Pelik betul, done blocked. 

Sumber: IG Daiyan Trisha 

The post Daiyan Trisha Bidas Komen Netizen Selepas Dikecam Pakai Baju Jarang – ‘Awak Tak Peduli Pun Tentang Saya, Done Blocked’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35065