Ramai wanita dari kalangan komuniti B40 sebenarnya berbakat besar dalam dunia kulinari, tapi tak semua ada peluang untuk kembangkan bakat serta perniagaan mereka.
Mengambil kira perkara ini dan sempena meraikan Hari Wanita baru-baru ini, F&N bersama TV3 tampil dengan inisiatif Dapur Digital untuk membantu mereka.
Dapur Digital: Peluang Untuk Usahawan Wanita B40
Projek ini menyediakan dapur digital yang serba lengkap di kawasan PPR terpilih, membolehkan usahawan mikro mengembangkan perniagaan makanan mereka.
Melalui program ini, peserta menerima latihan kulinari profesional, kemahiran pengurusan perniagaan, serta pensijilan untuk membantu mereka menjual makanan di platform digital seperti GrabFood, ShopeeFood, dan FoodPanda.
F&N turut menyokong para usahawan wanita ini dengan membekalkan susu pekat dan susu sejat berkualiti tinggi, memastikan setiap makanan dan minuman yang dihasilkan lebih enak dengan kualiti bahan yang terbaik.
Antara lokasi Dapur Digital yang beroperasi adalah:
- Dapur Digital Kerinchi
- Dapur Digital Kg Limau
- Dapur Digital Wangsa Sari
- Dapur Digital Setapak Jaya
- Dapur Digital Intan Baiduri
Kempen Dapur Digital menonjolkan semangat dan kecekalan wanita dalam komuniti B40. Mereka bukan sekadar suri rumah, tetapi juga wanita hebat yang berani melangkah ke dunia perniagaan demi masa depan yang lebih cerah.
Saksikan Perjalanan Inspirasi Mereka!
Bukan sekadar program bantuan biasa, perjalanan usahawan wanita ini akan dirakam sebagai reels eksklusif! Korang boleh follow perjalanan mereka dari mula persiapan sampailah mereka berjaya berniaga di Bazaar Ramadan.
Ada macam-macam makanan menarik yang mereka sediakan bersama minuman segar 100PLUS sebagai pelengkap juadah berbuka.
Korang boleh sokong mereka di lokasi berikut:
- Bazaar Ramadan Jalan Telawi, Bangsar
- Bazaar Ramadan Raja Uda, Kampung Baru
- Bazaar Ramadan Seksyen 1, Wangsa Maju
Jom ramai-ramai turun dan beri sokongan okay? Siapa tahu, korang adalah antara pelanggan pertama yang menikmati masakan mereka sebelum mereka jadi usahawan terkenal nanti?
Korang boleh tengok perkembangan mereka melalui Instagram TV3 dan Wanita Hari Ini.
Jangan lupa juga, untuk ikuti Facebook dan Instagram F&N Malaysia untuk mengetahui sebarang promosi dan tawaran terkini.
Selamat berpuasa semua!
The post F&N Bantu Komuniti Peniaga Wanita B40 Kembangkan Bakat & Perniagaan Mereka first appeared on OHBULAN!.