Hantaran terbaharu pempengaruh dan usahawan berjaya iaitu Khairul Aming di Instagram (IG) telah mencuri perhatian rata-rata wargamaya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Digelar ‘Majikan Dari Syurga’, Netizen Ramai Nak Mohon Kerja – ‘Bestnya Dapat Boss Macam KA’
‘Menantu mak awak’
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman telah memuat naik foto dirinya menggayakan baju Melayu berona putih sempena hari lebaran yang bakal menjelma.
Khairul Aming yang lengkap bersamping dan bersongkok kemudiannya mencuri perhatian ramai menerusi kapsyen yang ditulis.
Menantu mak awak.
Menjengah ke ruangan komen, bukan sahaja netizen malah rakan artis juga dilihat berseloroh mencuba nasib untuk menjadi suri hati kepada Khairul Aming.
Komen netizen
Sumber: IG Khairul Aming
The post ‘Menantu Mak Awak’ – Kapsyen Khairul Aming Curi Perhatian, Ramai ‘Student’ Cucuk Jarum Nak Jadi Suri Hati first appeared on OHBULAN!.