Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35013

[VIDEO] Alunan Merdu Mimi Fly Ketika Mengaji Al-Quran Bikin Ustaz Tarmizi Terpegun –‘Masya-Allah’

$
0
0

Penyanyi, Mimi Fly berjaya mencuri perhatian ramai ketika mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran sewaktu menjadi tetamu secara virtual bagi sebuah program stesen televisyen swasta.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fatiya Latiff Dipuji Sebutan ‘Not Bad’ Ketika Baca Al-Quran – ‘Maksudnya Dia Sudah Biasa Mengaji’

Merdu mengaji al-Quran

Menerusi hantaran yang dikongsikan semula di Instagram (IG), Mimi yang mengenakan hijab telah diminta untuk membaca potongan ayat daripada surah al-Jaathiyah bermula dari ayat 20 hingga 21.

Apa yang mencuri perhatian ialah, pendakwah bebas iaitu Ustaz Tarmizi sudah mula terpegun ketika mendengar Mimi atau nama lengkapnya Shamimi Amalina Norisham membaca istiazah dan juga perkataan Bismillah.

Bukan itu sahaja, alunan ayat suci al-Quran daripada pelantun lagu ‘Serumpun’ itu kemudiannya membuatkan kesemua panel bagi program itu tergamam.

Malah mereka seakan tidak menyangka bahawa Mimi juga mempunyai bakat untuk mengaji al-Quran dengan alunan yang merdu.

Masya-Allah, tak sangka saya.

Inilah yang saya suka bila ada sahabat kita daripada kalangan penyanyi, bila dia mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran, tercengang kita yang mendengarnya.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji kelunakan dan kemerduan suara Mimi ketika mengalunkan ayat suci al-Quran.

Komen netizen

Sumber: IG Mimi Fly

The post [VIDEO] Alunan Merdu Mimi Fly Ketika Mengaji Al-Quran Bikin Ustaz Tarmizi Terpegun – ‘Masya-Allah’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35013