Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 37889

Iman Troye, MK K-Clique & PTTI Santuni Anak-Anak Yatim Rumah Raudhatul Al-Faeez Beli Baju Raya

$
0
0

ptti anak yatim asnaf

Penyanyi Iman Troye dan MK K-Clique meraikan anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Raudhatul Al-Faeez (RAF) dengan membawa membeli pakaian raya dan berbuka puasa bersama di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Iman Troye Beri Ganjaran RM300 Kepada Pelajar Cemerlang SPM

Artikel Berkaitan: Iman Troye & MK-Clique Bersama PTTI Rai Anak Yatim, Beri Sumbangan RM15,000

Kongsi kebahagiaan dengan 26 anak yatim & asnaf

ptti kongsi rezeki dengan anak yatim asnaf

Program kebajikan Santunan Ramadan: Berbagi Kebahagiaan anjuran PTTI Group Sdn. Bhd. bukan sahaja bertujuan untuk menyantuni mereka yang kurang bernasib baik, malah turut mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, seramai 26 anak-anak RAF berusia antara 3 hingga 17 tahun telah dibawa ke SOGO Kuala Lumpur untuk membeli pakaian raya, membolehkan mereka membuat persiapan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.

Pengarah program ini merangkap Timbalan Naib Presiden Komunikasi Strategik, Dr. Muhammad Faizul Abd Hamid berkata, program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diadakan setiap tahun sejak penubuhan PTTI pada tahun 2015.

Sebanyak RM10,000 telah disumbangkan untuk program ini, merangkumi pembelian kelengkapan hari raya bagi anak-anak RAF seperti pakaian, kasut dan sumbangan duit raya.

Selepas sesi membeli-belah, anak-anak RAF turut diraikan dalam majlis berbuka puasa di Nando’s, SOGO Kuala Lumpur. Persembahan istimewa daripada Iman Troye dan MK K-Clique turut menambahkan keceriaan anak-anak RAF.

Sebar kebaikan kepada golongan memerlukan

ptti berbuka puasa

Sebagai tanda penghargaan, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Group Sdn. Bhd., Puan Siti Farhana Abu Osman dan Ketua Pegawai Operasi PTTI Group Sdn. Bhd., Encik Muhd Habibunajar Sazali turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak RAF.

Melalui program Santunan Ramadan: Berbagi Kebahagiaan, PTTI terus komited dalam usaha menyebarkan kebaikan dan memberikan impak positif kepada masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan.

Di samping itu, turut berharap agar inisiatif ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak pihak untuk terus berkongsi rezeki dan membawa kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

The post Iman Troye, MK K-Clique & PTTI Santuni Anak-Anak Yatim Rumah Raudhatul Al-Faeez Beli Baju Raya first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 37889

Latest Images

Trending Articles