Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35319

Drama Juvana Episod Terakhir, Daim Dibunuh Botak?

$
0
0

Juvana, sebuah drama yang mencatatkan jumlah penonton seramai 2.4 juta hasil kajian AC Nielsen akan menemui anda di episod terakhir, malam ini. Di episod yang lepas, Daim terdengar perbualan antara Cikgu Raja & Tony (pengawal sekolah) mengenai duit yang sepatutnya digunakan untuk pelajar, telah disonglap oleh mereka.

Kemudian, Daim hilang semangat bertanding debat antara sekolah apabila mengetahui sebutan kes bunuhnya tidak sampat ke pengetahuan Dato walaupun telah memaklumkan kepada Cikgu Raja terlebih dahulu. Ekoran daripada itu, pasukan Daim mengalami kekalahan dan Daim telah dipulau oleh rakan-rakannya yang marah atas kekalahan tersebut.

Daim mengalami tekanan & meluahkan kejadian tersebut kepada Cikgu Zakiah. Apabila rahsianya terbongkar, Cikgu Raja telah mengambil tindakan dengan mengurung kesemua pelajar dalam penjara. Mereka juga telah dipukul serta tak diberi makan & minum selama seminggu. Cikgu Zakiah pula dikurung dalam sebuah bilik oleh Cikgu Azmee yang bersekongkol dengan Cikgu Raja.

Itu cerita episod yang lepas.

Teaser episod terakhir memaparkan Botak berhasrat untuk membunuh Daim demi menutup kerja jahat Cikgu Raja & Cikgu Azmee. Teaser tersebut telah membuatkan ramai peminat Juvana berspekulasikan pengakhiran drama tersebut. Antara teorinya :

  1. Daim mati dibunuh oleh Botak ketika bergelut nak bebaskan Cikgu Zakiah.
  2. Daim berjaya melepaskan diri, manakala Cikgu Zakiah menjadi mangsa kerakusan Cikgu Azmee.
  3. Daim & Cikgu Zakiah berjaya menyelamatkan diri, manakala Cikgu Raja, Cikgu Azmee & Botak telah ditahan polis. Oh, pengakhiran yang sangat cliche.
  4. Botak sebenarnya baik & bekerjasama dengan Tony untuk memerangkap Cikgu Raja & Cikgu Azmee.

Apa pun, itu sekadar teori. Tak sabar rasanya nak tengok apa yang terjadi kepada Daim & Cikgu Zakiah dalam Juvana, pukul 9 malam ini di TV3.

UPDATE:

Teori kami no 3 bertepatan dengan pengakhiran Juvana episod akhir, malam tadi. Namun, tak disangka Daim akan berkhidmat sebagai cikgu selepas 10 tahun bebas daripada tuduhan membunuh.

Secara keseluruhan, Juvana membawa satu saduran baru yang selama ini dinantikan oleh peminat drama tanah air. Kekuatan skrip serta lakon layar membuatkan Juvana begitu mudah meng-ayam-ayamkan drama bergenre lain.

Namun, ada kekurangan dari segi pengakhiran. Bagaimana Daim meneruskan kehidupan selepas keluar, apa yang terjadi kepada Cikgu Raja, Cikgu Azmee & Botak selepas ditangkap tidak dinyatakan dengan jelas.

Adakah Juvana musim kedua akan menemui penonton nanti? Kita tunggu sahaja…


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35319