Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34872

Imej Dianggap ‘Murah’ Sebab Nampak ‘Singlet’, Intan Najuwa Bidas Netizen – ‘Jangan Suka Hati Cakap, Itu Biadap’

$
0
0

Penampilan anggun pelakon jelita, Datin Intan Najuwa yang berbusana kurung moden rona hijau baru-baru ini telah mencuri perhatian pengguna media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Ambil Ramai Pembantu, Netizen Risau Anak Tak Kenal Ibu – ‘Imane Lunara Bijak, Tahu Mana Satu Mak Dia’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Intan Najuwa Dianggap Lahir Dalam Dulang Emas, Netizen Cemburu – ‘Tugas Lunara Hanya Bernafas’

Gaya Intan Najuwa nampak murah?

Menerusi ruangan komen perkongsian tersebut, ramai memuji gaya elegan dan pemilihan warna yang menaikkan seri pelakon berusia 26 tahun itu.

Namun, dalam ratusan pujian yang diterima, muncul juga komen negatif daripada seorang individu yang mempertikaikan penampilan pelakon drama Setelah Ku Dimiliki itu.

Komen netizen: Nampak singlet terus nampak gaya cheap.

Tidak berdiam diri, Intan tampil memberikan respon dan menjelaskan bahawa baju yang digayakan itu sememangnya datang dengan satu set lengkap termasuk bahagian dalam yang dikatakan seperti singlet itu.

Komen Intan: Baju bahagian dalam tu dah sekali dengan kurung sebagai satu set.

Intan turut menasihati individu tersebut agar tidak sewenang-wenangnya menilai penampilan seseorang, apatah lagi dengan menggunakan bahasa yang kurang sopan.

Tolong jangan suka hati cakap perempuan lain nampak murah, itu sangat biadap.

Respon Intan itu bagaimanapun menerima sokongan ramai netizen yang memuji keberaniannya bersuara dan menegur individu terbabit.

Rata-rata netizen juga akui kurang bersetuju dengan tindakn individu terbabit dan berharap agar budaya meninggalkan komen negatif dapat dihentikan.

Sumber: Instagram Intan Najuwa

The post Imej Dianggap ‘Murah’ Sebab Nampak ‘Singlet’, Intan Najuwa Bidas Netizen – ‘Jangan Suka Hati Cakap, Itu Biadap’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34872