Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34872

Linda Hashim Timbul Tanda Tanya, Kongsi Foto Muka Bersolek Lebam Di TikTok –‘Sejak 2016’

$
0
0

Perkongsian terbaharu pelakon, Linda Hashim di TikTok telah menyorot perhatian dan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Linda Hashim Mengaku Sudah Empat Bulan Tak Sebumbung, Beego Boleh Jumpa Anak-Anak – ‘Saya Tak Pernah Halang’

‘Sejak 2016’?

@lindahashim_hqsince 2016? original sound – LindaHashimHQ

Masakan tidak, Linda atau nama lengkapnya Norhazlinda Hashim dilihat memuat naik gambar dirinya yang sedang duduk termenung dengan kesan solekan lebam di bahagian mukanya.

Lebih mencuri perhatian, pelakon drama ‘Pasukan Gerakan Marin’ itu seakan memberi bayangan telah berdepan dengan situasi itu sejak dari tahun 2016.

Seksa di dunia, ketawa di akhirat.

Sejak 2016.

Perkongsian itu kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya tertanya akan maksud sebenar di sebalik kapsyen ditulis.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar Linda terus kuat dan tabah berdepan dengan segala ujian kehidupan.

Sekadar info, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman awal Januari lalu.

Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini bercerai talak satu sebelum sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023.

Linda turut mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.

Sumber: TikTok

The post Linda Hashim Timbul Tanda Tanya, Kongsi Foto Muka Bersolek Lebam Di TikTok – ‘Sejak 2016’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34872