Pempengaruh media sosial yang kini bermaustatin di Korea Selatan, Kim Seri mendedahkan detik percintaan dengan bakal suami, Choi Amin bermula sebagai rakan bisnes.
Artikel Berkaitan: Kim Seri Umum Bakal Bernikah Dengan Jejaka Korea Dalam Masa Terdekat – ‘Dia Bujang & Saya Bukan Milik Sesiapa’
Artikel Berkaitan: Kim Seri Minta Maaf, Janji Bayar Duit Pelanggan Dalam Tempoh Dua Bulan – ‘Saya Tidak Dapat Lunaskan Jumlah Pemulangan Secara Sekali Gus’
Awalnya rakan bisnes
Kim Seri berkata, lelaki tersebut pada awalnya memberikan modal untuk dia memulakan perniagaan kecil bagi mengumpul wang untuk melunaskan segala hutang berhubung kes penipuan pakej pelancongan yang membabitkan dirinya.
Orang tanya kepada saya kahwin dengan Amin di saat saya banyak hutang? Kenapa saya tak bayar dulu hutang?
Saya belum ada pendapatan untuk bayar hutang dan saya akan mulakan perniagaan kecil-kecilan dengan Amin.
Amin berikan saya modal untuk mulakan bisnes supaya saya dapat bayar semula hutang.
Amin ke hulu ke hilir bersama saya ambil barang, hantar banrang, buat pelan bisnes dan lain-lain.
Kim Seri berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.
‘Allah hantar Amin’
Bermula dari sekadar rakan bisnes, Kim Seri mendedahkan, dia kemudian dilamar oleh bakal suaminya untuk mendirikan rumah tangga supaya mereka lebih mudah menguruskan perniagaan.
Saya pernah cakap dekat Amin tak manis kita selalu berdua ke sana ke sini walaupun selalu bincang di cafe.
Jadi Amin cakap ‘jomlah kahwin’ senang nak uruskan segala hal dan saya pun cakap setuju.
Saya cakap tiada duit nak kahwin, dia cakap tak apa. Buat majlis seadanya, ringkas dan mana yang perlu sahaja. Terima kasih Allah hantarkan Amin pada waktu yang tepat.
Sebelum ini, Kim Seri membuat permohonan maaf susulan dakwaan dirinya menipu pelanggan yang menggunakan khidmatnya untuk pakej pelancongan yang membabitkan jumlah sebanyak RM400,000.
Dia berharap orang ramai memahami keadaan yang dihadapinya ketika ini dan memaklumkan bahawa dirinya sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan jumlah hutang yang tertunggak.
Sumber: Instagram
The post Kim Seri Sifatkan Bakal Suami Sebagai ‘Penyelamat’ – ‘Amin Beri Modal Untuk Mulakan Bisnes Supaya Saya Dapat Bayar Hutang’ first appeared on OHBULAN!.