Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34863

Elisya Sandha Bakal Timang Anak Lelaki, Doa Jadi Ibu Terbaik

$
0
0

Elisya Sandha

Tiada lagi berahsia, pelakon, Elisya Sandha mengumumkan bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi adalah berjantina lelaki.

Artikel Berkaitan: Elisya Sandha Kongsi Pengalaman Hamil Anak Kedua, Cepat Penat & Alahan Teruk – ‘Rasa Tak Mampu Puasa Penuh Tapi Saya Cuba’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Mak Mentua Jahanam..Elisya Dah Lama Lari, Beatrice Dah Duduk Jakarta’ – Sheila Rusly

‘Its a boy’

Elisya Sandha

Berita gembira itu dikongsikan oleh pemilik nama lengkap Nur Elisya Sandha Hassan, 25, pada majlis ‘gender reveal’ yang diadakan di sebuah hotel di Genting Higlands, pada Sabtu.

Bersyukur dengan rezeki dikurniakan, Elisya berharap dia dapat menggalas tanggungjawab sebagai ibu dengan baik.

Alhamdulillah syukur Allah berikan rezeki dan peluang untuk saya menjadi ibu kepada dua cahaya mata.

Anak adalah amanah dan ini merupakan satu tanggungjawab untuk saya dan suami. Semoga segalanya dipermudahkan dan saya dapat jadi ibu yang terbaik.

Pada Disember tahun lalu, Elisya memaklumkan sudah berbadan dua menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram miliknya.

Imbas kembali, Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy pada Ogos 2021. Mereka juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Melodi

The post Elisya Sandha Bakal Timang Anak Lelaki, Doa Jadi Ibu Terbaik first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34863