Selepas pernah disamakan dengan wanita Korea, kecantikan rupa paras pelakon, Mawar Rashid sekali lagi menjadi menjadi topik bualan wargamaya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gayakan ‘Dress’ Berona Merah Jambu, Mawar Rashid Terima Pujian Melambung – ‘Adore Kecantikan Dia’
Artikel Berkaitan: Ramai Puji Mawar Rashid Makin Cantik – ‘Macam Wanita Korea’
Persis anak dara
Hal itu dapat dilihat menerusi komen yang ditinggalkan warganet pada hantaran terbaharu yang dimuat naik Mawar di TikTok miliknya.
Pada perkongsian tersebut, pemilik nama lengkap Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, mengenakan baju lengan panjang berwarna putih yang dipadankan dengan seluar berona kelabu.
Aktres itu dilihat melakukan beberapa gaya atau ‘posing’ dengan reaksi wajah yang mencuri perhatian.
Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen memuji kecantikan Mawar dengan mengatakan aktres itu kini bertambah jelita.
Malah, ada yang seakan tidak menerima kenyataan yang sebenarnya Mawar merupakan ibu kepada tiga cahaya mata kerana bentuk badan dan gaya yang dimiliki persis anak dara.
Tidak kurang juga, ada berseloroh mengatakan Mawar semakin cantik selepas statusnya bertukar kepada ibu tunggal.
Sekadar info, Mawar memiliki tiga cahaya mata hasil perkahwinan dengan usahawan, Raf Yaakob iaitu Raden Muhammad, 6, Raden Seri Rosabella Cinta, 4 , dan Raden Seri Riyanna Sayang, 2.
Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Raf Yaakob pada November 2017, namun disahkan bercerai pada November tahun lalu.
Sumber: TikTok
The post ‘Kenapa Makin Cantik Si Mawar, Tak Macam Mak Ada Tiga Anak’ first appeared on OHBULAN!.