Pelakon, Jeremy Bong berkongsi peristiwa kurang menyeronokkan apabila mendakwa pernah diherdik oleh seorang aktres senior sewaktu di awal pembabitannya dalam industri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fauziah Ahmad Daud Pernah Berdepan Dengan Kata-Kata Negatif Selepas Berhijab – ‘Alhamdulillah Hati Tidak Berbolak-Balik ‘
Artikel Berkaitan: ‘Mendoakan Suami Saya Lumpuh Adalah Melampau’ – Eyra Hazali
Dihina pelakon senior?
Mengakui diri kekok berlakon kerana masih baharu pada ketika itu, Jeremy mendakwa aktres tersebut telah menghina dirinya di hadapan orang ramai ketika mereka bergandingan dalam sebuah naskhah.
Ada satu drama saya digandingkan dengan seorang pelakon wanita, dia cakap pada saya depan semua orang ‘kalau tak pandai berlakon jangan ambil job, jangan menyusahkan orang’.
Pada waktu saya sangat baru, masih tak faham istilah dalam lakonan. Saya juga masih kekok berlakon dan saya dapat watak yang penting juga.
Pelakon itu sangat pandai berlakon, apabila ‘action’ dia betul-betul dalam karakter tapi bila ‘cut’ terus dia buat muka. Dia cakap ‘penatlah, takkan setiap hari nak balik lambat’.
Jeremy berkongsi pekara itu di saluran podcast Sembang Seram.
Menangis dan trauma
Tambahnya, tindakan aktres berkenaan juga telah membuat dirinya mengalirkan air mata.
Masa ‘cut’, saya lari pergi tandas saya menangis sebab tak dapat tahan. Kenapa dia kena hina saya depan semua orang?
Berkongsi lanjut, Jeremy memberitahu, aktres itu ada meminta maaf kepadanya selepas selesai penggambaran, namun peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam dan membuat dirinya berasa trauma sehingga hari ini.
Lepas sahaja habis penggambaran, dia ada minta maaf kepada saya. Dia ada mesej saya dan saya pun maafkan dia.
Walaupun itu sudah lama, tapi saya masih tak boleh lupakan. Saya juga ‘unfollow’ dia dekat IG, saya tak boleh tengok muka dia sebab trauma.
Sumber: TikTok
The post Jeremy Bong Menangis Dakwa Dimaki Pelakon Senior, Rasa Trauma & Terpaksa ‘Unfollow’ Di Instagram first appeared on OHBULAN!.