Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34857

Terima Komen Berunsur Luc*h, Melissa Campbell Tak Mudah Sentap –‘Biar Lah Apa Netizen Nak Cakap’

$
0
0

Penampilan pelakon, Melissa Campbell di tayangan perdana filem baru-baru ini mencuri perhatian sehingga menerima komen berbaur lucah daripada segelintir netizen.

Artikel Berkaitan: Fattah Amin Mengaku Silap Peluk Kaki Melissa Campbell – ‘Saya Separa Sedar, Terlampau Menjiwai Watak’

Melissa tak ambil hati

Ketika ditemui OhBulan!, Melissa atau nama lengkapnya Melissa Alexander Campbell, 34, mengakui dia langsung tidak tersinggung dengan komen-komen nakal itu sebaliknya menganggap ia sebahagian daripada lumrah apabila tampil di khalayak ramai.

Saya perasan tentang komen-komen (berbaur lucah) itu, tapi saya tidak rasa tersinggung.

Itu adalah sebahagian daripada apa yang akan kita hadapi bila kita tampil di hadapan umum dan dedahkan diri.

Melissa berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama First Wives yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pelakon drama Keluarga Itu ini juga turut berkongsi bahawa beberapa komen tersebut sebenarnya secara tidak langsung telah mencetuskan perbualan santai di ruangan komen.

Saya okay je dan lagipun saya pun kadang-kadang ada balas dan bersembang dengan mereka di ruangan komen.

Kadang-kadang dengan komen itu, kemudian bermulanya satu perbualan antara netizen.

Saya ada rasa humor dan saya tidaklah terlalu sensitif.

Mengulas mengenai pandangan suami terhadap perkara tersebut, Melissa berkata suaminya juga bersikap terbuka dan tidak ambil pusing dengan komen negatif.

Suami saya pun okay dengan komen-komen tersebut, dia kata biar lah apa netizen nak cakap. Sebab akhirnya apa yang penting adalah suami dan keluarga.

Sebelum ini, Melissa yang hadir ke tayangan perdana filem Blood Brothers tampil mengenakan dress berwarna hijau tanpa lengan yang memperlihatkan sedikit belahan di bahagian dada

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai malah ada juga yang meninggalkan komen berunsur lucah.

The post Terima Komen Berunsur Luc*h, Melissa Campbell Tak Mudah Sentap – ‘Biar Lah Apa Netizen Nak Cakap’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34857