Pernah tak korang idam untuk travel secara road trip untuk nature yang memukau? Jika ya, Kakudu National Park di Australia memang wajib ada dalam bucket list korang!
Tempat ni memang syurga bagi yang suka keindahan alam semula jadi, budaya orang asli, dan pengalaman road trip yang takkan dilupakan.
Lagi best, sekarang korang boleh terbang terus dari Kuala Lumpur ke Darwin dengan tambang serendah RM329*!
Nak tahu itinerary lengkap untuk trip ni? Ayuh kita ketahui lebih lanjut!
Hari 1: Dari Darwin Ke Jabiru – Tengok Buaya Melompat!

Jumping Crocodile Cruise di Adelaide River. Sumber: Facebook Adelaide River Cruises – Jumping Crocodile Experience
Lepas sampai di Darwin, teruskan perjalanan ke Jabiru sekitar 3 jam memandu. Sewaktu dalam perjalanan, korang boleh singgah dulu di Window on the Wetlands Visitor Centre untuk belajar tentang ekosistem di kawasan ni.
Lepas tu, korang boleh join Jumping Crocodile Cruise di Adelaide River. Bayangkan buaya besar melompat keluar dari air depan mata korang! Fuh, memang adrenaline rush!
Tak cukup dengan tu, korang juga boleh join Pudakul Aboriginal Cultural Tour untuk belajar cara hidup masyarakat orang asli di sana dengan lebih dekat seperti cara-cara mencari makanan hutan, lempar lembing serta bermain didgeridoo. Serius unik!
Penginapan: Mercure Kakadu Crocodile Hotel (hotel berbentuk buaya yang ikonik!)
Hari 2: Seni Orang Asli & Pemandangan Sunset Ubirr

Guluyambi Cultural Cruise. Sumber: Kakadu Tours
Pagi ni, korang boleh jalan kaki kat Bowali Track sambil singgah di Marrawuddi Gallery untuk tengok seni orang asli yang sangat cantik.
Lepas tu, korang boleh cuba naik Guluyambi Cultural Cruise untuk merasai pengalaman melihat keindahan sungai dan belajar tentang budaya orang asli di Arnhem Land.
Sewaktu petang pula, korang wajib ke Ubirr Rock Art Site untuk tengok lukisan purba yang dah berusia ribuan tahun.
Lagi best, sunset kat sini memang antara yang paling epic di dunia!
Hari 3: Burrungkuy & Yellow Water – Bertemu ‘Lightning Man’!

Yellow Water Cruise. Sumber: Kakadu Tours
Pada hari ketiga, korang berpeluang untuk untuk explore Burrungkuy (Nourlangie) Rock Art Site, tempat di mana korang boleh tengok lukisan purba ‘Lightning Man’. Setiap lukisan ada cerita dan sejarahnya sendiri.
Pada waktu petang pula, korang boleh check-in di Cooinda Lodge sebelum naik Yellow Water Cruise untuk tengok buaya liar dan burung eksotik.
Kalau korang minat wildlife photography, tempat ni memang heaven!
Hari 4: Maguk Falls – Syurga Tersembunyi!

Maguk Falls. Sumber: Kakadu Tourism
Kalau korang suka mandi air terjun, hari ni memang best gila sebab korang akan ke Maguk Falls!
Perjalanan ke sini memerlukan 4WD, tapi memang berbaloi bila sampai sebabnya air terjun di sini memang jernih dan suasana hutannya memang mendamaikan.
Malam, lepak dan chill di Cooinda Lodge sambil menikmati makan malam di Barra Bistro.
Hari 5: Cultural Experience & Safari Unik!

Warradjan Cultural Centre. Sumber: Kakadu Tourism
Memasuki hari kelima, min cadangkan korang explore Warradjan Cultural Centre untuk belajar tentang sejarah dan budaya orang asli Australia.
Lepas tu, korang boleh join Animal Tracks Safari di mana trip ini memang rare sebab korang akan belajar tentang makanan tradisional orang asli, ubat-ubatan hutan, dan siap boleh masak di campfire secara tradisional!
Hari 6: Sunrise Cruise & Pulang Ke Darwin

Mamukala Wetlands. Sumber: Kakadu National Park
Untuk penutup trip, korang boleh naik Sunrise Yellow Water Cruise untuk tengok matahari terbit dengan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan.
Sebelum balik ke Darwin, jangan lupa singgah di Mamukala Wetlands untuk tengok burung-burung liar di kawasan sekitar.
Sekadar sempat untuk explore Darwin atau Kakudu seawal tiga hari? Ini caranya!
Kalau korang hanya sempat untuk explore Darwin dan Kakudu dalam tempoh tiga hari, korang tak perlu risau sebabnya kami dah siapkan itinerary 3 hari dan 6 hari khas buat korang.
Jom Book Tiket Ke Darwin & Start Road Trip Korang!
Menarik bukan aktiviti sepanjang di Kakudu? Kalau korang memang kaki nature dan suka adventure, trip ke Kakadu ni memang wajib masuk dalam wish list!
Ditawarkan dengan tiket penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Darwin serendah RM329*, memang tak ada alasan nak skip trip best ni!
Tempoh tempahan: 14 – 20 April 2025
Tempoh perjalanan: 1 Julai – 25 Oktober 2025
Apa tunggu lagi? Ayuh plan road trip korang bersama besties atau family korang untuk merasai keindahan Kakadu National Park dengan klik di SINI!
*Tertakluk kepada terma & syarat.
The post Jom Ke Kakadu! Trip Road Trip 3 Atau 6 Hari Dari Darwin Serendah RM329 Je! first appeared on OHBULAN!.