Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36772

‘Bara Jiwa’ Nyanyian Azlan Typewriter & Muzza Velvettones Jadi Lagu Tema, Beri Impak Emosi Penonton Filem Blood Brothers

$
0
0

Lagu rock balada epik berjudul Bara Jiwa, hasil gandingan mantap antara Azlan Typewriter dan Muzza Velvettones, telah diumumkan secara rasmi sebagai lagu tema bagi filem aksi debaran Blood Brothers: Bara Naga, arahan duo pengarah hebat Abhilash Chandra dan Syafiq Yusof.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Filem Blood Brothers: Bara Naga Terus Cipta Sejarah, Raih 21 Juta Kutipan!

Artikel Berkaitan: Karya Bertaraf Antarabangsa, Ini 4 Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton ‘Blood Brothers’ Di Pawagam Mulai Hari Ini!

Ambil masa satu jam

Lagu Bara Jiwa menghidupkan semangat naratif ini melalui lirik puitis dan melodi dramatik yang selari dengan perjalanan emosi serta aksi dalam filem.

Seiring dengan naratif filem ini, Bara Jiwa muncul sebagai suara batin watak-watak utama yang membara dengan maruah, semangat dan dendam. Lagu ini seolah-olah menjadi gema yang mewakili jiwa mereka yang enggan tunduk walau dihimpit dengan ujian.

Bagi Azlan Typewriter, projek Bara Jiwa merupakan salah satu kolaborasi yang paling menarik pernah dijayakannya. Menurut Azlan, dia sudah sekian lama tidak berduet dengan penyanyi lelaki, dan pengalaman bekerjasama dengan Muzza disifatkan sebagai sesuatu yang segar dan penuh karisma.

Malah, Muzza juga dengan jelas tahu apa yang dimahukan dalam sesebuah karya, menjadikan kerjasama ini berjalan sangat lancar. Proses rakaman lagu ini juga sangat pantas iaitu dengan hanya mengambil masa sekitar satu jam. Ini kerana kedua-dua penyanyi telah menerima demo awal dan membuat persediaan yang cukup rapi.

Azlan turut memuji kualiti produksi lagu ini yang dianggap berada pada tahap tertinggi, hasil kerja ramai individu berbakat di sebaliknya. Azlan menyuarakan harapannya agar Bara Jiwa bukan sahaja diterima baik oleh pendengar, malah mampu membawa genre rock ke satu tahap yang lebih tinggi.

Karya istimewa

Sementara itu, Muzza Velvettones yang merupakan seorang komposer, penyanyi dan gitaris yang dikenali dengan sentuhan emosional dalam setiap karya menganggap Bara Jiwa sebagai karya istimewa yang dicipta sepenuhnya berdasarkan jalan cerita dan emosi utama dalam filem Blood Brothers: Bara Naga.

Muzza mengangkat tema pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan konflik dalaman sebagai inspirasi utama dalam pembikinan lagu ini, dengan harapan dapat menterjemah jiwa watak-watak filem ke dalam bentuk muzik yang mendalam.

Dari segi muzik, Muzza memilih pendekatan rock balada dengan elemen sinematik untuk menyesuaikan mood dan intensiti filem. Proses pembikinan mengambil masa kira-kira dua bulan, merangkumi penulisan lirik, susunan muzik, rakaman vokal, serta proses mixing dan mastering yang teliti. Muzza berharap Bara Jiwa mampu memberikan impak emosi yang mendalam kepada penonton dan pendengar, dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi antara industri muzik dan perfileman tempatan pada masa akan datang.

Untuk info, filem ini dibintangi oleh barisan pelakon terkemuka tanah air seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson dan ramai lagi. Blood Brothers: Bara Naga menyorot kisah dunia pengawal peribadi elit yang penuh dengan pengkhianatan, pertempuran dan ikatan persaudaraan yang diuji.

The post ‘Bara Jiwa’ Nyanyian Azlan Typewriter & Muzza Velvettones Jadi Lagu Tema, Beri Impak Emosi Penonton Filem Blood Brothers first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36772