Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36638

[VIDEO] Aisyah Aziz Teruja Cari Karpet Untuk Rumah Baru, Netizen Anggap ‘Dejavu’

$
0
0

Penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz meraih perhatian selepas dilihat mencari karpet untuk rumah yang diduduki bersama suami, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail.

Artikel Berkaitan: Penyanyi Aisyah Aziz Sah Bergelar Isteri Doktor, Abang Kepada PU Riz

Artikel Berkaitan: Aisyah Aziz Bakal Berkahwin, Calon Suami Bukan Orang Industri – ‘Insya-Allah Selepas Raya’

Beli karpet

@smcarpetnilai3 thank you Aisyah Aziz dan pasangan for supporting #SMCARPET #SingaporexMalaysia#foryoupage??????foryou?????????? ? original sound – SM CARPET

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama lengkap Nur Aishah Aziz, 30, dilihat bersama suaminya berada di sebuah cawangan karpet yang terletak di Nilai pada jam 1:00 pagi.

Difahamkan, pelantun lagu ‘Pujaanku’ itu mencari karpet untuk rumah barunya bersama Dr Fakhruddin.

Kini kami berada di SM Carpet pada jam 1 pagi.

Kami mencari karpet baru untuk rumah baru.

Netizen dejavu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh apabila disamakan dengan dengan pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail yang pernah menjadi bualan hangat selepas tular video mereka mencari karpet. Selain itu, warganet turut memuji kecantikan Aisyah yang berseri selepas berstatus seorang isteri.

Imbas kembali, pasangan Noor Neelofa dan Haris Ismail dipanggil pihak polis daerah Nilai untuk memberi keterangan susulan dakwaan rentas negeri semata-mata membeli karpet di Nilai, Negeri Sembilan.

Perkara itu bagaimanapun telah mencetus amarah netizen dengan mendakwa pasangan itu telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika negara berdepan dengan pandemik.

Sumber: TikTok @SM CARPET

The post [VIDEO] Aisyah Aziz Teruja Cari Karpet Untuk Rumah Baru, Netizen Anggap ‘Dejavu’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36638

Latest Images