Menantu bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu Khairy Jamaluddin menyifatkan Allahyarham mempunyai peribadi yang baik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] KJ Kongsi Kemenangan Dengan Keluarga Di Konti, Beri Bayangan Akan Kembali Ke Dunia Politik – ‘Saya Singgah Sekejap Saja Di Sini’
Artikel Berkaitan: Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun
Insan yang baik
@hotfm976_ Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, di mata seorang menantu, Khairy Jamaluddin ? Allahyarham, sangat baik orangnya. Dahulukan solat dalam apa jua perkara. Sesibuk mana pun beliau semasa menjadi Perdana Menteri sebelum ni, solat tetap di awal waktu ? @Khairykj @JozlynnHanania_ @AGAzmeer #HotFMNo1 #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ ? original sound – Hot FM
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi pandangan terhadap keperibadian ayah mentuanya dari sudut pandangan seorang menantu.
Menurutnya, Tun atau lebih mesra disapa Pak Lah adalah seorang yang penyayang.
Beliau seorang bapa mentua yang mendidik, penyayang dan tidak pernah meninggikan suara pada saya mahupun sesiapa.
Seorang yang sangat penyabar. Apa yang kita lihat dan dengar tentang Pak Lah, itu lah dia.
Dia selalu minta kita sabar dalam buat keputusan. Jangan buat keputusan dalam keadaan marah.
Dalam pada itu, Khairy sempat berkongsi bahawa Pak Lah seorang yang sangat menitikberatkan tentang agama.
Pak Lah seorang yang sangat warak.
Masuk waktu saja, dia solat.
Walaupun sibuk, dia akan berhenti daripada kerja dan pergi solat.
Sumber: TikTok @HotFM
The post [VIDEO] Khairy Jamaluddin Sifatkan Pak Lah Mentua Penyayang, Ambil Serius Hal Agama – ‘Masuk Waktu Saja, Dia Akan Solat’ first appeared on OHBULAN!.