Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34970

‘Dalam Nikah & Cerai, Kamu Ke Depan Nak Selamatkan Mak’– Rozita Ibrahim

$
0
0

Meskipun sedang berdepan dengan masalah keluarga, namun usahawan terkenal Bonda Rozita Ibrahim tetap menyayangi dan menghargai anaknya yang juga ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Aliff Syukri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Bonda Rozita Dedah Mesej Dari Rebecca Minta Padam Hantaran – ‘Biar Orang Tahu Perangai Kau’

Artikel Berkaitan: ‘Kepada Orang Luar, Tolong Jangan Berlebihan & Mohon Hormati’ – Aliff Syukri

Hargai anak

Menerusi komen yang ditinggalkan pada hantaran Aliff di Instagram, Rozita menyifatkan usahawan berusia 38 tahun itu sebagai seorang anak yang baik kerana sering mengambil berat tentang dirinya.

Tak ada lelaki mak paling sayang. Kamu anak kiriman Allah dari syurga. Menerima mak dalam badai dan tenang.

Dalam nikah dan cerai, kamu ke depan nak selamatkan mak.

Mak ada cita-cita besar nak jumpa Kri, tauhid untuk ke syurga.

Mak sorok kecewa, kamu terus jejaki mak.

Menurut Rozita, menantunya Datin Seri Shahida antara individu yang diamanahkan untuk menyimpan rahsia.

Mak suruh Ida rahsiakan, kalau mak mati baru Ida bukakan. Semua rahsia mak ada pada Ida dan Fiza, mereka pegang kunci mak.

Pura-pura bahagia

bonda rozita ibrahim

Dalam pada itu, Rozita turut meluahkan rasa hiba berikutan liku-liku kehidupan yang dihadapinya dari dahulu bukanlah satu perkara yang mudah dan hanya bergantung kepada Allah SWT.

Mak tak mahu anak-anak mak tahu deritanya jiwa dari muda sampai ke tua.

Mak tak nak anak-anak tahu (itulah kesalahan saya menutupi kesedihan, berpura-pura bahagia) saya berlindung dengan kekuatan Allah. Saya selalu sendiri dan Allah yang ajarkan saya banyak perkara.

Jangan tambah derita untuk benda tak penting. Fokus kepada kebaikan kerana Allah suka pada kebaikan.

Terdahulu, Aliff mengakui terkesan dengan konflik yang berlaku dalam keluarganya dan berharap isu tersebut dapat dihentikan demi menjaga perhubungan kasih sayang mereka.

Sumber: Instagram

The post ‘Dalam Nikah & Cerai, Kamu Ke Depan Nak Selamatkan Mak’ – Rozita Ibrahim first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34970