Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35021

‘Tiada Siapa Yang Berkahwin Mahu Bercerai’ – Nora Ariffin

$
0
0

Penyanyi Datuk Nora Ariffin reda untuk berdepan dengan kehilangan buat kali kedua sekiranya perceraian dengan suami, Dr Rushdi Ramli berlaku.

Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Beri Bayangan Buat Permohonan Cerai, Ikut Permintaan Isteri Pertama? – ‘Dia Mahu Kembali Bermonogami & Atas Desakan Orang Ketiga’

Artikel Berkaitan:  ‘Saya Yang Meminang..Dia Isteri Yang Baik, Tak Pernah Curang Atau Nusyuz’ – Suami Sedih Nora Digelar Penyondol

Rumah tangga Nora

Menerusi temu bual bersama OhBulan!, pemilik nama Wan Norafizah Wan Ariffin,52, berkata dia menyerahkan segala keputusan kepada takdir mengenai isu rumah tangganya ini.

Terus-terang, tiada siapa yang berkahwin mahu bercerai. Saya pernah melalui episod kehilangan (merujuk kepada kematian suami terdahulu), dan kini diuji lagi.

Tetapi saya percaya Allah susun kehidupan saya dengan sebaik-baiknya.

Saya buat apa yang terbaik dan berdasarkan fakta serta bukti. Kami tidak bercakap sesuka hati.

Nora berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, hari ini.

Penerimaan anak-anak

Ditanya mengenai penerimaan anak-anak, Nora berkata dia bersyukur mereka memberikan sokongan penuh.

Mereka tidak campur tangan kerana menganggap ini urusan antara ibu dan bapa.

Kecuali jika mereka terlibat secara langsung, mereka tidak mahu masuk campur.

Sebelum ini, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya kira-kira pukul 9.26 pagi tadi bagi memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Dr. Rushdi Ramli.

Terdahulu, penyanyi lagu Naluri itu mengejutkan ramai apabila memuat naik foto hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dipercayai ingin memfailkan perceraian terhadap Dr. Rushdi selepas didakwa didesak pihak ketiga.

Kemudian, Dr. Rushdi pula tampil bersuara memihak Nora dan mengakui menerima tekanan daripada pihak lain agar berpisah dengan Nora.

Terdahulu, Nora sekali lagi meluahkan hasrat untuk memfailkan perceraian selepas gagal menemui titik penyelesaian.

Pada 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya.

The post ‘Tiada Siapa Yang Berkahwin Mahu Bercerai’ – Nora Ariffin first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35021