Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34979

[VIDEO] Aliff Syukri Dedah Punca Isteri Keluarkan Kenyataan –‘Pada Awalnya Keluarga Kami Tak Dibenarkan Post Gambar’

$
0
0

Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan isu membabitkan isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida dengan pelakon Rebecca Nur Al-Islam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Bonda Rozita Dedah Mesej Dari Rebecca Minta Padam Hantaran – ‘Biar Orang Tahu Perangai Kau’

Artikel Berkaitan: ‘Mak Saya Kata Tak Selesa, Tapi Awak Tetap Post Juga’ – Anak Bonda Rozita Bidas Rebecca Nur Al Islam?

Penjelasan Aliff

@shopdherbsonline

PART 1: Papa jelas secara jujur … korang duk tnya sangat kan ..Dengar elok2.. #terlajaklaris #papalaris

? bunyi asal – ONLINE DHERBS – ONLINE DHERBS

Menerusi hantaran di TikTok, Aliff berkongsi bahawa dia dan keluarga tidak dibenarkan untuk memuat naik sebarang hantaran di media sosial berkaitan perkahwinan ibunya, Rozita Ibrahim.

Ada yang berkata kami yang mulakan dahulu. Pada awalnya, keluarga kami tidak dibenarkan untuk memuat naik gambar.

Waktu majlis tertutup berlangsung, tak boleh ambil gambar atau video. Jadi, sangat privasi, semuanya secara senyap dan kami sudah pun membuat perbincangan.

Bercerita lanjut, usahawan berusia 38 tahun itu berkata dia dan isteri menjadi tempat luahan kesedihan yang dialami oleh adik-beradiknya.

Saya dan isteri mendengar semua luahan anak-anak bonda. Kami tak menyampai hal buruk dekat mana-mana pihak, kami hanya mendengar.

Mereka masih remaja dan ada rasa sedih. Bila mereka tengok gambar dan video lagi rasa sedih.

Kami sebagai abang dan kakak, mereka selalu datang ke rumah dan meluahkan. Kami pun cuba untuk meredakan mereka.

Provokasi terhadap Shahida

Menurut Aliff, provokasi menjadi punca mengapa Shahida bertindak memberi kenyataan berhubung hantaran yang dimuat naik Rebecca.

Ketika isteri saya berniaga (siaran langsung) ramai orang yang bertanya dan ada yang provoke.

Isteri saya jadi geram apabila ramai yang prove dirinya lalu dia pun berbalas di situ.

Terdahulu, Rebecca tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita Ibrahim apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.

Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem Keramat itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri Aliff iaitu Shahida.

Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Aliff Syukri Dedah Punca Isteri Keluarkan Kenyataan – ‘Pada Awalnya Keluarga Kami Tak Dibenarkan Post Gambar’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34979