Sejak Ahad, nama isteri usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid meraih perhatian apabila dilihat berbalas hantaran bersama pelakon, Rebecca Nur Al Islam di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Kepada Orang Luar, Tolong Jangan Berlebihan & Mohon Hormati’ – Aliff Syukri
Aliff tenangkan Shahida
@honey1980_3 First time tengok papa pening nak tenangkan mama ?? selalunya mama yang pening dengan papa ?? #datoaliffsyukri #datinshahidadherbs #dherbs #merajuk #foryoupage #viral ? original sound – Honeymadu
Terbaharu, tular rakaman video memaparkan Aliff yang sedang menenangkan Shahida ketika satu sesi siaran langsung di TikTok.
Menerusi video dikongsikan @Honeymadu itu, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman ini sedang meneliti hantaran Instagram Story (IGs) yang dimuat naik Shahida.
Aliff turut meminta Shahida untuk memadam hantaran tersebut kerana beranggapan berdiam diri adalah pilihan yang terbaik untuk dilakukan ketika ini.
Awak padamlah (posting) sebab bila kita berdiam percayalah awak akan nampak lebih ada ‘class’.
Sebab pada abang, ‘once’ awak buat (posting) awak akan nampak ‘cikai’.
Sehinggalah pada satu ketika, Aliff kemudiannya meminta pertolongan pembantunya untuk meneruskan sesi siaran langsung kerana mahu menenangkan isterinya.
Komen netizen
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur melihat cara Aliff yang mahu menenangkan Shahida.
Ujar netizen, itulah pertama kali mereka melihat Aliff ‘pening’ dan buntu untuk memujuk isterinya.
Mereka juga memuji Shahida yang kemudiannya memilih untuk memadam kesemua hantaran yang dimuat naik di IGs.
Terdahulu, kontroversi melibatkan Aliff dan keluarga mula timbul selepas pelakon terkenal, Rebecca Nur Al Islam tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita Ibrahim apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.
Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem ‘Keramat’ itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri Aliff iaitu iaitu Shahida.
Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.
Terbaharu, Rebecca memilih untuk memadam segala hantaran yang dimuat naik sehingga menimbulkan pertelingkahan.
Menurutnya, keputusan ini dibuat atas rasa hormat pada abang sulungnya.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Bila Berdiam Akan Nampak Lebih Ada Class’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.