Pengarah dan penerbit sensasi, Michael Ang menyuarakan pendapatnya ekoran isu yang menjadi bualan hangat antara usahawan pizza wagyu, Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal.
Artikel Berkaitan: Michael Ang Tegur Jangan Jadi ‘Bitter’, Cik Epal Respon – ‘Saya Tak Menyalak Sibuk Ulas Kes Orang Lain’
Artikel Berkaitan: Buat Konten Hilang Di Hutan, Michael Ang Berang Pempengaruh Malukan Malaysia – ‘Tolong Buang Diorang Kat Pulau’
Haram ke ambil epidural?
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Michael berkata, epidural sama sekali tidak menjadi masalah untuk diambil para ibu bagi memudahkan urusan beranak.
Tambahnya, servis itu disediakan bagi meringankan kesakitan ibu yang telah berkorban selama sembilan bulan mengandung.
Si pendek itu pun b*doh.
Epidural itu dicipta untuk menyenangkan hidup, pakai saja lah.
Tak haram kan pakai epidural? Jadi, apa nak bising?
Pesanan untuk Cik Epal
Tidak berhenti di situ, Michael turut menitipkan pesanan pada Cik Epal untuk tidak kerap memulakan perbalahan dengan pihak bekas suami.
Peringatan untuk Cik Epal, sekarang kau report bekas suami kau, nanti dia dah tiada duit nak beri nafkah anak, kau bising.
Kau jangan lupa, masa dia buat duit, kau dengan dia masih suami isteri.
Entah-entah kau pun kena bayar cukai LHDN nanti.
Tambahnya, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak akan berdiam diri dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk teruskan siasatan mengenai isu yang mendakwa Jofliam culas membayar cukai meskipun jualan perniagaan pizza wagyu mencecah angka ratusan ribu sebulan.
Sumber: Instagram @michaelang38
The post [VIDEO] Michael Ang ‘Sekolahkan’ Jofliam, Titip Pesan Untuk Cik Epal – ‘Nanti Dia Dah Tiada Duit Nak Beri Nafkah Anak’ first appeared on OHBULAN!.