Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36747

‘Sumpah Aku Tak Cari Lain, Akan Kembali Menjadi Suami Bertanggungjawab’ – Datuk Red

$
0
0

Usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, mengenang kembali episod paling sukar dalam hidupnya selepas genap setahun bergelar duda.

Artikel Berkaitan: Adira Beri Respon Selepas Ditegur Keluar Bekerja Dalam Tempoh Edah – ‘Kalau Duduk Rumah, Anak 4 Orang Siapa Nak Bagi Makan?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Red Hargai Usaha Adira, Gembira Dapat Rai Hari Lahir Bersama 10 Anak – ‘Andai Kita Tak Ada Jodoh & Usia Saya Singkat ..’

‘Pengajaran, hukuman ke atas saya yang alpa’

Menerusi hantaran di TikTok, Datuk Red berkongsi semula foto lama (throwback) yang memaparkan dirinya berada di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ketika menguruskan urusan perceraian.

Menurut Datuk Red, walaupun detik perpisahan itu merupakan pengalaman pahit dalam hidupnya, namun percaya ia adalah takdir yang membawa hikmah dan pengajaran agar dirinya menjadi insan yang lebih baik.

Genap setahun peristiwa hitam saya (25 April). Ini pengajaran dan hukuman ke atas saya yang alpa.

Dalam pada itu, Datuk Red turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada bekas isterinya, Adira atas segala pengorbanan sepanjang bergelar isteri.

Meskipun hubungan mereka tidak berkekalan, dia tetap menghormati dan menyanjung peranan Adira sebagai ibu kepada anak-anak mereka.

Terima kasih Adira Suhaimi selama ini menjadi isteri saya. Semoga Ami (panggilan Adira) berbahagia dan yang penting sihat untuk menjaga anak-anak saya. Saya akan kembali nanti.

Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah tanda pagar (hashtag) yang ditulis Datuk Red dengan penuh emosi dan maksud tersirat.

#TerimaKasihAdira #SumpahAkuTakCariLain #TapiTungguJodoh
#MisiHabiskanJualBaju #TakAkanDudukDiKerusiItuLagi
#AkuAkanKembaliMenjadiSuamiYangBertanggungjawab
#JikaTidakKuRelaMenduda #WanitaLainJanganTryAku #AkuSuciDanSetia

Sekadar info, Datuk Red dan Adira bercerai pada 23 April 2024.

Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6 dan Ayob yang kini berusia tiga tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.

Sumber: TikTok Datuk Red

The post ‘Sumpah Aku Tak Cari Lain, Akan Kembali Menjadi Suami Bertanggungjawab’ – Datuk Red first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36747