Jurusolek terkenal, MUA Bellaz meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan sepanjang berkecimpung dalam dunia solekan.
Artikel Berkaitan: MUA Bellaz Kenang Kebaikan Suami – ‘Tanggung Beras Sampai Senget Bahu, Nak Hantar Dekat Keluarga Saya Yang Susah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mua Bellaz Syukur Rumah Terbuka Dihadiri Hampir 7,000 Orang – ‘Saya Buat Dekat Kawasan Kampung Ja, Bukan Hotel’
Rahsia Allah
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini dilihat bersama suaminya, Anuar Ahmad berbusana warna hitam menghadiri Nona Superwoman Award 2024.
Pada perkongsian itu, Bellaz dianugerahkan bagi kategori ‘Nona Influencer Award’.
Di samping itu, Bellaz sempat mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang sentiasa di samping menyokong kerjayanya sebagai jurusolek
Rezeki dari Allah siapa yang tahu.
Mat Nuart, terima kasih untuk segalanya.
Saya ingat dari mana kami bermula. Makan nasi kosong berkuahkan air garam dan halia.
Ikat perut demi mencari wang untuk adik-adik dan mak di rumah.
Pada akhir perkongsian itu, Bellaz menitipkan pesanan agar tidak berputus asa dan terus percaya pada rezeki tuhan yang luas.
Tahniah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas kejayaan Mua Bellaz sehingga hari ini. Selain itu, warganet turut menjadikan Bellaz sebagai idola untuk mengejar impian.
Sumber: Instagram @muabellaz
The post [VIDEO] ‘Saya Ingat Dari Mana Kami Bermula, Makan Nasi Kosong Berkuahkan Air Garam & Halia’ – Mua Bellaz first appeared on OHBULAN!.