Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35339

Aslam Cari Masa Lapang Nak Jumpa Abby Abadi Mohon Maaf, Mengaku Silap & Sedia Berbaik

$
0
0

Menantu kepada Abby Abadi, Ahmad Aslam mempunyai perancangan untuk berjumpa dengan ibu mentuanya dalam masa terdekat bagi menyelesaikan polemik yang berlaku dalam keluarga mereka.

Artikel Berkaitan: Aslam Mengaku Bersalah, Minta Maaf Secara Terbuka Kepada Abby Abadi – ‘Saya Tahu Risiko & Beban Yang Datang’

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kesal Marissa Tuduh Mereka Cerita – ‘Jagalah Aslam Baik-Baik, Semoga Bahagia Hingga Syurga’

Sedia mohon maaf

Bagaimanapun, Aslam, 25, berkata, dia masih tiada peluang untuk bersemuka dengan Abby dan memohon maaf secara berdepan.

Saya masih belum berjumpa dengan ibu mentua saya (Abby) selepas saya keluarkan kenyataan tempoh hari. Hanya Marissa yang dah jumpa mama.

Saya ada perancangan untuk berjumpa dengannya, insya-Allah bila saya kelapangan. Saya juga mencari masa yang sesuai untuk jumpa mama.

Aslam berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Isnin bagi prosiding pengesahan pernikahan.

Mengakui silap yang dilakukan, suami kepada Marissa Dania itu tidak menafikan kemelut yang berlaku adalah berpunca daripadanya. Pun begitu, dia sentiasa ingin perbaiki dirinya ke arah kebaikan.

Harapan saya sudah pasti mahu meredakan segala polemik yang berlaku. Saya mengaku apa yang terjadi adalah salah saya.

Saya juga harap tiada pihak yang mengeruhkan lagi keadaan. Saya juga manusia biasa, ada silap dan sentiasa ingin perbaiki diri.

Terdahulu, Aslam menerusi sebuah hantaran di Threads mendakwa sudah memohon maaf kepada Abby namun perkara itu dinafikan oleh aktres berkenaan.

Kata Aslam, tindakannya yang selama berdiam diri kerana sedar dirinya telah banyak melakukan kesalahan kepada semua pihak terlibat.

The post Aslam Cari Masa Lapang Nak Jumpa Abby Abadi Mohon Maaf, Mengaku Silap & Sedia Berbaik first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35339