Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr. Rushdi Ramli, enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, penyanyi, Datuk Nora Ariffin pada hari ini.
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Beri Bayangan Buat Permohonan Cerai, Ikut Permintaan Isteri Pertama? – ‘Dia Mahu Kembali Bermonogami & Atas Desakan Orang Ketiga’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Yang Meminang..Dia Isteri Yang Baik, Tak Pernah Curang Atau Nusyuz’ – Suami Sedih Nora Digelar Penyondol
Tak jadi cerai
Susulan itu, Dr. Rushdi dan Nora diarahkan menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Jun depan.
Mahkamah Rendah Syariah Petaling menetapkan 4 Jun sebagai tarikh sebutan kedua kes perceraian Nora Ariffin dan Dr. Rushdi.
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Nora, Sarah Mohd Ali berkata, Dr. Rushdi tidak memberi alasan atas perbuatannya.
Dr Rushdi menolak permohonan cerai kali ini. Jadi akan berlaku sebutan kali kedua pada 4 Jun untuk perlantikan jawatankuasa pendamai.
Bagaimanapun, pihak defendan tidak menyatakan alasan mengapa dia menolak perceraian.
Jadi, kita akan ikut proses Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan sekiranya gagal, kita akan teruskan dengan proses hakam.
Sarah berkata demikian ketika ditemui selepas selesai prosiding perceraian pada Selasa.
Awal pagi tadi, pemilik nama Wan Norafizah Atiffin, 52, dan Dr Rushdi hadir ke mahkamah secara berasingan untuk sebutan pertama kes perceraian mereka.
Pada 21 April lalu, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi memfailkan permohonan perceraian selepas rumah tangga gagal menemui titik penyelesaian.
Hujung 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul di sebuah universiti di ibu negara.
Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
The post Dr. Rushdi Enggan Cerai Nora Ariffin, Kes Diteruskan Ke Proses Jawatankuasa Pendamai first appeared on OHBULAN!.