Anak perempuan kepada pelawak, Shuib iaitu Talita kini menghitung hari untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends yang bakal berlangsung di Singapura 10 Mei ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Nyanyi Lagu Duet Shuib & Arwah Siti Sarah, Netizen Komen – ‘Part Sayang Sama Suara Dengan Ibu Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Kongsi Sebab Mahu Menyanyi – ‘Orang Tak Suka Dengan Daddy, Jadi Saya Nak Buat Orang Suka Balik’
‘Nak pakai macam ibu’
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik Watie di Instagram, kelihatan Talita atau nama lengkapnya Dzahira Talita Zahra sedang mencuba memakai kasut arwah ibunya.
Dalam masa yang sama, Talita mengenakan sepasang dress labuh sambil mendendangkan lagu Kesetiaan.
Inilah anak perempuan kesayangan daddy, yang dulu sangat susah mummy nak adun bab pakaian. Pergi pantai pun kalau boleh nak pakai seluar jeans.
Tapi sekarang bila makin membesar, tiba-tiba sudah pandai minta nak pakai dress macam ibu dia masa buat konsert..nak pakai kasut tinggi ibu, nak pilih kain lace sendiri.
Doakan konsert Talita di Singapura berjalan lancar.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji vokal Talita semakin baik selain keyakinannya yang semakin menyerlah.
Dalam masa yang sama, suara Talita juga mengingatkan mereka dengan arwah Siti Sarah.
Sedapnya suara, tapi saya sebak. Mungkin kedengarannya sama macam arwah Sarah. Good luck Talita!
Sarah..anak awak sudah besar, dia ada bakat dan vibe yang sama macam awak. Semoga awak tenang di sana, Al-Fatihah.
Andai ibu masih ada, pasti dia yang akan jadi guru vokal Talita.
Mesti feel Talita lain bila dapat pakai barang peninggalan orang yang kita sayang.
Sumber: Instagram Watie
The post [VIDEO] Talita ‘Rehearsal’ Pakai Kasut Arwah Siti Sarah Buat Netizen Sebak – ‘Andai Ibu Masih Ada, Mesti Dia Jadi Guru Vokal’ first appeared on OHBULAN!.