Usahawan dan penyanyi irama Malaysia dan etnik kreatif, Noraniza Idris ingin berkongsi rezeki dengan menghadiahkan sejumlah baucar tunai bernilai RM20,000 kepada pembeli bertuah murukku Che Ani Premium yang dipasarkan di rangkaian pemborong dan peruncit tempatan halal terbesar.
Artikel Berkaitan: Noraniza Idris Keluar Wang Peribadi Bayar Tunggakan Gaji Pekerja – ‘Asalkan Kebajikan Staf Terjaga’
Artikel Berkaitan: Noraniza Idris Batal Niat Mahu Tutup Kilang Muruku, Sujud Syukur Dapat Diselamatkan
Kongsi rezeki dengan ikhlas
Menurut Noraniza, atau lebih dikenali sebagai Kak Ani, kempen ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial beliau terhadap masyarakat.
Insya-Allah, dalam rezeki yang saya terima, ada rezeki orang lain. Saya percaya setiap sen yang kita kongsikan dengan ikhlas, walaupun kecil, mampu memberi makna besar kepada orang lain.
Selain itu, kata Kak Ani, 57, ini juga sebagai tanda penghargaan kepada pembeli yang membeli produknya di MYDIN.
Kempen ini bukan sekadar memberi hadiah, tetapi sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang menyokong usaha saya dalam memperkenalkan produk warisan seperti Murukku Che Ani Premium.
Saya harap kempen ini dapat membawa senyuman dan semangat berkongsi dalam masyarakat kita, terutamanya dalam suasana yang mencabar sekarang.
@nqinn_s nasib baik aku tergerak hati nak pergi mydin #kongsirezeki #cheanipremium #fyp?? ? original sound – nqinn_s
Sebanyak RM20,000 dalam bentuk baucar tunai bernilai RM10, RM50 dan RM500 dimasukkan secara rawak ke dalam pek Murukku Che Ani Premium. Pembeli hanya perlu mendapatkan pek tersebut di mana-mana cawangan MYDIN dan mencari baucar di dalam pek bertuah.
Bagi menebus hadiah, pembeli perlu merakam video pendek di TikTok dengan ucapan “Saya menang! TQ Che Ani…!” dan tag akaun rasmi @cheanipremium. Wakil Che Ani Premium akan menghubungi pemenang untuk urusan penyerahan tunai secara langsung.
Pek bertuah ini ditawarkan dalam jumlah terhad. Lagi cepat anda membeli, lebih tinggi peluang untuk menang. Jangan lepaskan peluang keemasan inim serbu MYDIN hari ini dan jadilah sebahagian daripada kempen #RezekiCheAni bersama Noraniza Idris!
The post Noraniza Idris Kongsi Rezeki RM20,000 Bersama Pembeli Murukku Che Ani Premium – ‘Mampu Memberi Makna Besar’ first appeared on OHBULAN!.